Friday, 23 November 2012

Newborn Set - Dark Blue+Light Green

Assalamualaikum.

What a color. See how nice it is. Haha, speaking kau bila rasa comel. Koya yeng.
Alhamdulillah, pemilihan warna dari customer Ummi. Hebat. Kombinasi menjadi. Ummi sangat suka warna ini.

Pssst, nak ngumpat sikit. Abi komen Ummi tak pandai main kaler sebab guna kaler 'berani' ni. Ummi kata warna ni cantik lah. Bila dah siap semalam Abi kata, cantiknya~~~ Bila Ummi kata hari tu kata Ummi tak pandai main kaler (padahal bukan Ummi pilih..haha). Abi kata masa dia kata tu barang tak siap lagi, tak nampak~


Newborn Set - Dark Blue+Light Green
Cantik tak warna ni? Pandaikan~~


Mittens


Booties


Hat / Snow hat

Alhamdulillah. Selesai sudah menghapdet gambar projek Ummi. Syukur Terima kasih pada semua peng'oder' dan bakal peng'oder'. Di alu alukan mencipta dan bermain warna. InshaaAllah Ummi cuba buat yang terbaik wpn dalam setiap penciptaan dr Ummi tiada yang sesempurna kejadian ciptaan Allah.

Baiklah. Sampai di sini.
Ummi kena siapkan tempahan dari United Kingdom. Excited dapat order dari sana.


Interested? Kindly leave your message on my facebook. Search Adeela Abdullah.
Thank you. 

::Order adalah mengikut giliran::

My First Earflap Hat

Assalamualaikum...

Siap. Siap. Siap. Alhamdulillah.
Tempahan kali ke dua dari kawan Ummi~ Terima kasih ya~

Ummi kena buat satu untuk Yusuf saiz ini (3years old) memandangkan dia tak buang sebaliknya terkedek2 bjalan bila Ummi kenakan atas kepala. Rasa nak nangis pun ada melihat betapa comelnya Yusuf pakai mcm tu~ Setiap ibu akan puji anak dia yg paling syomel...just like what i did~ Hihihi.

Tarrrraaaaa..
Suka juga dengan kombinasi warna ni.
Beliau mahu warna yang striking memandangkan akan ke luar negara nanti.
Betul juga tu.
Warna macam ni memang memudahkan pandangan untuk melihat anak kita dari jauh.
::Safety First::


Earflap Hat




Arfah



Interested? Kindly leave your message on my facebook. Search Adeela Abdullah.
Thank you. 

::Order adalah mengikut giliran::

Order Lama

Assalamualaikum

Entah entry ke berapa Ummi mengarang cerita ini malam. Abi dah bising suruh buatkan casing untuk adik kepada yiped~ Ummi malas lagi boleh tak? Ngeh ngeh ngeh.

Alhamdulillah akhirnya berjaya siapkan tempahan kawan Ummi. Kali ni repeat order. Owh, rupanya Ummi belum masukkan gambar barang order kawan Ummi ni yang terdahulu~ Huhuhu.. Kita cuci mata layan order terdahulu ok!

Newborn Set - Baby pink+Baby blue

Booties


Mittens


Hat


Lega dah siap upload~


Interested? Kindly leave your message on my facebook. Search Adeela Abdullah.
Thank you. 

::Order adalah mengikut giliran::

Kopiah dan Booties

Assalamualaikum.

Tempahan dari kawan masa sekolah menengah di Terengganu. Katanya anak2 saudara gembira menerima hadiah darinya~ Huhuhu, Alhamdulillah. Ummi pun rasa gembira anak2 suka~

Kopiah kanak-kanak

Tempahan kedua booties untuk puterinya dan anak saudara~
Seronoknya ada mak sedara macam ni kan? Ummi pun nak dia jadi mak sedara Ummi la macam ni, boleh?~ hehehe. Beruntungnya anak2 buah~ Murah rezeki macam ni bila selalu memberi. Alhamdulillah~

Booties 


Interested? Kindly leave your message on my facebook. Search Adeela Abdullah.
Thank you. 

::Order adalah mengikut giliran::

Newborn Set - Yellow+Dark Brown

Assalamualaikum~

Seterusnya order kedua oleh mak sepupu Ummi tapi Ummi tak lah panggil dengan panggilan mak something2~ Lebih senang dengan panggilan seperti adik beradik. Usia kami pun tak lah jauh beza. Huhuhu~
Pilihan warna dari beliau sendiri~ Setakat hari ini Ummi ada lagi dua orang customer yang mahukan kaler yang sama tetapi design tak sama. 
Warna ini memang menawan sekali. Aduh aduh... Ayat macam ni lah yang buat Ummi rasa nk ketawa. 

TAHUKAH ANDA:
Set baby newborn untuk Hat Ummi kait untuk Baby sampai setahun. Boleh pakai lama kan? Ummi mahu mereka rasa berbaloi~

Newborn Set - Yellow+Dark Brown


Mittens


Booties


Hat


Beanie


::All the set::

Alhamdulillah. Selamat akad berjual beli. 


Interested? Kindly leave your message on my facebook. Search Adeela Abdullah.
Thank you. 

::Order adalah mengikut giliran::

Newborn Set - Pinky+Baby Blue

Assalamualaikum.

Order dari mak sepupu untuk bakal baby girl yang akan lahir tak lama lagi. Bulan Disember akan datang. Seronok crochet warna pink ni. Rasa macam nak makan~ huhuhu...
Set ni memang pilihan dari ibu bayi. Sweet color. Ini adalah set pertama beliau.

Newborn Set - Pinky+Baby blue


Mittens

Booties

Hat

Interested? Kindly leave your message on my facebook. Search Adeela Abdullah.
Thank you. 

::Order adalah mengikut giliran::

Sejarah hadirnya Crochet dalam hidupku

Assalamualaikum...

Halamak tu dia tajuk entry sangat jiwang.

I am back! Alhamdulillah lama bertapa maka adalah beberapa hapdate fasal kerjaya terbaru Ummi kan. Sendiri cari penyakit tambah kerja macam kerja kat rumah sikit sangat. Tapi x mengapalah. Allah guide me to this way, earn my on extra pocket money and not depend 100% to husband. Asalkan halal.

Sebelum ni Ummi banyak fikir apakah jenis perkara/kerja yang Ummi boleh buat yang Ummi boleh buat di rumah? Ummi xnak pekerjaan Ummi nanti akan menimpa sesuatu dosa samada untuk Ummi atau Abi. Pernah Ummi cuba untuk berbisnes tudung, tapi xleh on memandangkan Ummi tak pandai buat sale untuk tudung saiz yang Ummi pakai. Jadi kebanyakkannya Ummi pakai sendiri dan Ummi bg kepada sesiapa yang berkenaan.

Pernah membeli kain felt sebanyak banyaknya konon nk buat craft. Buat, tapi makan masa dan anak2 Ummi semuanya suka dengan gadjet2 'bahaya' yang tidak sesuai untuk mereka. Jadi Ummi hold projek Ummi yang itu. Nasib baik unperishable goods kalau tak masuk dalam tong sampah la jawabnya~

Alhamdulillah selepas tak lama Ummi order barang crochet dengan isteri kepada kawan Abi, kemudian Ummi ternampak rancangan wanita di TV fasal crochet. Tiba2 datang satu perasaan yang macam orang mengidam yang teramat. Amik ipad google kait dan jumpa word crochet and knitting. Ummi study dan masa tu tak tahu lagi nak belajar crochet atau knit. Esoknya berangkat ke KL cari kedai tapi hampa. Rasa macam tercekik sebab xdapat apa yang dihajat.

Selang beberapa hari kendian, Abi belikan bbrapa saiz hook dan benang. Yahuu and Im fail! Sigh.
Berapa lama mengadap youtube nak belajar punya pasal. Nak pandai crochet kena mencuba dan mencuba. Pernah rasa nak nangis dan putus asa. beberapa hari/minggu Ummi xsentuh hook. Tapi mengenangkan Abi banyak belikan benang untuk Ummi jadi Ummi xnak sia-siakan.

Inilah dia kalau guna duit Abi. Ummi rasa macam xsanggup nak membazir biarkan benang mcm tu. Sebab tu Ummi paksa diri untuk terus buat dan buat. Kalau guna duit sendiri beli tudung berpuluh helai, beli felt dan mcm2 bnda tu Ummi selamba je tak sentuh. Huhuhu...baru perasan diri ini mcm ini. Bila dah konfiden baru Ummi laburkan duit sendiri beli benang sesuka hati~
Lagipun bukan apa, asyik kena kondem je dgn Abi. Kali ni nekad, kena buktikan Ummi boleh.

Sekarang alhamdulillah, rezeki ada dalam bidang kraftangan. Walaupun pulangan nya biasa2 tapi tak mengapa. Setiap kali siapkan order setiap kali tu Ummi sentiasa belajar meningkatkan ilmu. Syukur. Semoga Allah terus memberkati pekerjaan ini untuk Ummi dan kawan2 crocheter yg lain. Dan Ummi sangat gembira berada dalam group YLM kat fb~ Selalu membantu dan saling menyokong. Ummi suka dan seronok suasana santai mcm tu.

Ok. Sekian dulu celoteh di tajuk ini. bemula sudah menghaplod brg order yang tak seberapa~















Thursday, 4 October 2012

Buat Si Comel Tambah Comel

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

 Dah berhabuk dan berkulat blog Ummi. Lama tak ber'update'. Bukan kesibukkan terlampau tapi kemalasan nak membuka laptop. Askar2 Ummi suka panjat2 n tekan2 keyboard. Sat lagi ada la yang minta Upin Ipin. Dush! Dush! Hihihi...

 Entry kali ini nak buat PENGUMUMAN. Haa, apa la agaknya Ummi ni. Ingat cikgu sekolah ke nak buat pengumuman. Untuk yang sedia maklum yang biasa tgk gambar2 dalam fb Ummi mesti dah tahu yang Ummi sekarang sedang berjinak2 dalam dunia crocheting.Crochet ni bahasa melayunya kait menggunakan jarum 1. Untuk maklumat lbh lanjut sila lah meng'google apakah itu crochet. Kalau Ummi ada masa Ummi boleh kongsikan ok.

Jadi, pengumumannya adalah....jeng jeng jeng... Ummi akan OPEN tempahan untuk sesiapa yang berminat untuk menempah. Buat masa sekarang Ummi more to kopiah, mittens n booties, topi yg comel. InshaAllah masa akan datang akan tingkatkan ilmu lagi dan tambah produk. Boleh lah bertanya sekiranya Ummi mampu buat selain daripada itu InshaAllah Ummi cuba buatkan.
Idea yg lain selain crochet ada tapi times constraint lah alasannya memandangkan my lovely son and daughter yg cute miut yg harus mjadi tumpuan utama buat masa ini. Sekarang sedang dalam pembikinan produk.

So yang di bawah nanti Ummi share gambar tempahan dan gambar untuk simpanan. Lain kali boleh cuci mata lagi ya.

Hat, Mittens and Booties.
*
*
haha... otai...



Step up...


step...step...






iklan semata.


hopefully Ummi managed to satisfy the cilik customer and of course hope the mama will happy to see the Comel Tambah Comel.

ok. hingga ketemu. anakanda yusuf dah bangun. babai frenzza






Sunday, 10 June 2012

Go aWay BuruK sAngKa

Bagusnya jd hw bila kita jd kurang bercakap pkr yg lagha, sb keliling cuma ada anak kecil. Bila ada smthg negatif dlm kepala cam buruk sangka, hati rasa xsedap sgt,wpn kita diam tp Allah tau apa dlm hati. U bayangkan kalau Allah kata betapa busuknya hati ni. Sedih. Siapa nak jd busuk hati? Suka kena kata busuk hati, jahat? Mmg sgt xsuka bila aura negatif tu ada dlm diri. Jd selalunya ummi luah pd abi. Biarlah kena marah n kn basuh dan ummi 'naik angin' at first tp dlm tempoh tu juga blh muhasabah diri. Kena kritik mau xhangin kau... Tp kn terima lah sebab nk buang prasangka jahat syaiton yg direjam!!! Then bila dah neutral baru rasa lega. Camtulah cara ummi utk hilangkan prasangka buruk yg sesekali dtg dlm hati yg penuh dosa ni selain minta bantuan dr Allah. Bayangkan,org sekeliling xtau dlm ht kita tp Allah tu tahu dan Dia nilai kita. Kalau selamanya kita biarkan aura negatif dlm kepala maunya meletup kepala ni. Sapa yg pernah rasa bengang tahap nak darah tinggi tu faham la camne perasaan ni tanggung betapa xsuka nya hidup berprasangka. Thats why my husband is my bestfriendforever i ever have. ::lap air mata sket~~~:: Bukan senang nak membersihkan hati. Kita cuma manusia biasa yang hidup di akhir zaman. Kita bukan hidup dalam pimpinan Rasulullah saw, jadi kita kena benar2 dan.berusaha memohon pada Allah semoga kia mendapat Imam.yang benar2 dapat membawa kita pada kecintaanNya. Wallahualam.

Saturday, 2 June 2012

Frust-Frust-Frust

Assalamualaikum...

Selamat pengantin baru pada dinda Puan Nik Nur Aina Mardhiah, selamat sudah menjadi isteri kepada encik zariff(betul tak eja). 

Ummi plan dah lama nak bawa Damia dan Yusuf untuk attend big gathering a.k.a wedding aunty Nina dari awal tahun, las las....terpaksa cancel.

Bestnya aunty Shida, leh tengok aunty Nina live. Dulu kahwin Ummi, dia juga yang dapat datang je. Kali ni yg frust sebab ada Baby, Pakcik and her girlfriend, Aini. Dengar dengar Kak Atty pun ada sama. Sedih. Sedih.
Kalau Mia tengah terjaga ni, mesti Mia peluk Ummi dan tepuk2 belakang Ummi tanda pujuk bila Ummi cakap sedih. ;-).

Ini semua kawan-kawan baik Ummi masa belajar di Shah Alam.



Miss Rita
Yang paling best, masa dalam dewan, Miss sms Ummi dan Nina, we all saling lambai melambai dalam dewan tapi tangan hide lah sikit sebab kang kantoi dengan Naib Canselor, Ibrahim Abu Shah.
Lepas tu plan dengan Miss untuk kumpulkan semua awok-awok yg ada untuk sesi bergambar.

*
*

3 tahun lepas
Yang kurang seronok bila Shida, tak dapat join sebab family matters.

*
*


*
*


Lakonan semata-mata, masa ni masih belajar dan belum berkahwin
*
*



Time ni kalau tak silap pi amik jubah konvo. Masa ni Ummi dah berkahwin.
Di midvalley~~
*
*



Biasalah, H1N1 punya fasal
*
*



Nanti cerita fasal BoonCheatGrup
Yang tiada di sini Shida, Nawfal and Baby

*
*


Love Abi
(gambar terbalik sikit)

*
*



Shida.... Model as usual~

Ok, chayang. Frust da hilang sikit bila terkenang gambar lama ni. Dah 3 tahun berlalu, sila tambah umur dahulu dengan 3tahun. 

~TUA SUDAH~
-Jadi banyak perkara yang perlu kita buat untuk masa hadapan yang abadi-



THIRD ANNIVERSARY

Assalamualaikum n salam sejahtera

Tengok tajuk entry mesti tak payah nak explain panjang nak story fasal apa kan? Entry ni dah lama dah tulis tapi baru dapat peluang untuk publish. Sibuk sangat-sangat-sangat!

Alhamdulillah, berlalu 3 tahun fasa perkahwinan Ummi dan Abi. Macam baru je semalam Abi baca akad nikah. ;)  Enam bulan menanti, kemudian 10 bulan kemudian muncul Iman Damia diikuti Yusuf  yang accidently(opppssi). Rahmat Allah semua yang berlaku ini.

Syukur. Syukur. Syukur. Syukur Ya Allah, tak dapat nak ungkap dengan kata-kata. Untuk dapatkan keindahan ini bukan mudah. Melalui kesusahan dan keperitan sejak 2005 rupa-rupanya ini susunan dan perancangan Dia. Tak boleh lupa tahun-tahun yang perit. Kawan2 Diploma tahu lah kot mana yang geng kacip tu. 

Lupakan yang sedih sebab Allah hadiahkan yang paling indah selepas tempoh kesabaran yg tersoobut. 1.6.2009, jam 10.40 pagi waktu tempatan(lebih kurang), Ummi dan Abi selamat diijab kabulkan di surau berhampiran rumah. Surau tu tak pernah lagi dijadikan tempat akad nikah, kira nya 'wat goghi' la kot. (Entah betul tidak penggunaan bahasa ganu Ummi).


*
*
*
*


*
*
*
*


*
*
*
*


ops, tetiba gambar transformasi kepada mak buyung~
Ramai yang tak tahu keadaan ummi semasa mengandungkan Damia. Ummi mengalami sembab yg agak teruk sejak 5months pregnancy. Habis bengkak dari muka sampai ke kaki. Hehe. Tak tau apa fasal.

 

Semasa mengandungkan Yusuf. Alhamdulillah, tak ada masalah sembab dan lain-lain masalah seperti Damia dahulu. Termasuk morning sickness, Ummi tak alami. Alhamdulillah, bila tengah sarat sangat tunggu masa, Damia sudah boleh berjalan sendiri walaupun masa tu baru 11 bulan. Dua-dua ank Ummi baik dengan Ummi kan? ;-)
My mom said, adik faham Ummi kena jaga kakak so adik behave well la.


Gambar tahun lepas sewaktu hari raya pertama. Beberapa minggu sebelum bersalin.


Anak pertamaku-baby girl


Anak Keduaku-baby boy

Kepada suamiku, En.Ahmad, terima kasih kerana selalu menjadi yang terbaik untuk Ila(panggilan manja dahulu) , Damia dan Yusuf. Berkongsi susah senang, be good friend of mine, selalu menjadi pendengar yang baik (wpn adakala kena paksa utk dengar), hehe... thank you for 3years back and for thousand years after~~ InshaAllah akan berusaha menjadi isteri yang taat pd Allah, Rasulullah dan abang, and of course parents.