Monday, 30 June 2014

Someone like you - 4

Assalamualaikum.

Tetiba dah part 4. Tetanjat mak. Rajin pulak kau ummi. Oh, nak umumkan, nama watak dah bertukar. Tetiba sahaja. Watak-watak bertambah sebab terbayang my bff lah. Tapi tak delah itu 100% kami. Langsung tidak. Sendiri pun xde pengalaman tersangkut lif. Ini memang sesuka hati sahaja. 
Tajuk juga kebarangkalian untuk ditukar juga ada. Tapi belum masa lagi. Okay, selamat lah yep.

(Update)


Semalam dan Hari ini. 

Part 4

Tik. Tik. Tik. Tik. Tik. Tik. Tik.

"Aduh!". Terperanjat dengan balingan segumpal kertas. Pantas Dian Hasya menjeling pada Ain.
"Kau kenapa Hasya? Mengetuk meja dari tadi. Mengganggu aku nak fokus. Karang bukan kertas aku baling, meja study ni terbang atas kepala engkau."

Mengekek Dian Hasya ketawa. Lucu melihat rakan serumahnya naik berang.

"Ain, kau tau tak."
"Tak tau!"
"Ala dengar lah dulu Ain!"
"Iya! Aku dengarlah ni."
"Semalam kan, masa aku nak balik, aku stuck dalam lif!"
"Serius? Kau selamat tak?"

Giliran dahi Ain menjadi tempat persinggahan sementara segumpal kertas tadi.

"Kalau dah arwah aku tak tercongok depan kau ni ha. Kau balik semalam pun pukul berapa, aku dah tidur dulu. Tak sempat nak bercerita."

Syahida muncul dari dapur membawa sebekas besar keropok. Hantu keropok budak ni seorang.

"Mazda 3 kau yang hantar dia. Tak pasal pagi tadi aku yang kena hantar dia ke ofis kerja. Kenapa kau tak suruh je mamat tu ambil kau?"
"Dia outstation hari ni. Aku pun sebenarnya blur. Bila aku dengan dia selamat keluar dari lif, terus dia offer nak hantar aku balik. Lagipun masa tu aku tak fikir panjang. Menggigil aku nak keluar dari lif. Masa Bomba buka pintu lif, aku separuh pintu dari lantai. Bayangkan kalau aku tengah merangkak keluar lif jatuh? Ya Allah... Nauzubillahiminzaalik. Takutnya!" Dian Hasya meraup mulanya apabila membayangkan. Takut. Sungguh dia takut.
"Kau tersangkut dalam lif dengan mamat mana ni Hasya?"
"Entah. Staff engineering. Dah lah sengal."
"Dia ajak Hasya kahwin, Ain. Kalau aku, nak je. Engineer kot! Orang minyak pula tu. Rugi bukan mak yang sangkut situ nok."

Hasya ketawa gelihati. Mati hidup balik pun dia tak teringin untuk tersangkut di dalam lif lagi.

"Hah? Ajak kau kahwin Hasya? Wah, gila tak romantik. Propose masa di antara hidup dan mati. Dia melutut tak?"
"Kau ni drama queen la Ain. Berani dia melutut, kaki aku sampai dulu ke pipi dia. Aku tengah berzikir selawat bagai dalam hati, boleh dia merapu macam tu. Tapi sebelum aku keluar dari kereta semalam, dia cakap lagi, dia serius apa yang dia cakap dalam lif. Cuma aku cakap dengan dia, ada jodoh ada. Jangan nak berharap."

Syahida ketawa mengekek sambil menepuk pahanya.

"Macam dalam novel lah Hasya."
"Tapi aku sedikit rasa kecewa dengan muka dia bila dia tengok kereta aku. Iyalah, nak dibandingkan dengan kereta dia. Aku pakai Diahatsu antik. Memang jauh panggang dari api."

Walaupun ia kelihatan lama tetapi dia sayang kereta itu. Model Diahatsu Mira L55, versi 3 pintu. Dipercayai model pertama untuk pengeluar siri Mira dan kedua dalam siri Cuore. Ah, kalau dah minat mesti akan ambil tahu semua tu.
Lagi pun dia sudah memakainya sejak zaman akhir diploma lagi. Beberapa kali keluar masuk bengkel. Tidak terkira. Semata-mata mahu melihat kereta itu terus berfungsi. Sayang melihat ia tersadai di garaj papanya. Papanya juga memang menyokong dan membantu dari segi kewangan untuk membaik pulih kereta antik itu. Ada anak yang minat, apa salahnya melabur sedikit.

"Kalau tahu abang sepupu kau agaknya apa reaksi dia."
"Dia nak reaksi apa nya. Buat tak tahu je. Lagipun, tunang dia tak berapa suka abang sepupu aku selalu datang jenguk aku, bawa aku keluar."
"Dia tahu hang syok kat tunang dia la tu. Hahahaha..."
"Itu tak penting. Yang penting abang sepupu aku tak tahu okay!"

Dian Hasya bertuah di anugerahkan dua sahabat ini. Yang selalu bersama ketika senang dan susah. Yang menerima dia seadanya dan tidak bermuka-muka dan tidak berkira. Susah sama susah, senang sama senang. Cubit pada kiri, paha kanan terasa. Di antara mereka memang tiada rahsia.
Lagi pun, Dian Hasya hanya mempunyai seorang sahaja abang. Itu pun nun jauh sana menuntut di Jepun. Jadi pada siapa lagi mahu dikongsikan perasaannya. Pada mama sudah tentu tetapi bila tidak berada di bawah satu bumbung agak susah untuknya. Apabila melibatkan hati dan perasaan dia lebih berhati-hati.  Lebih-lebih lagi orang yang disukainya bukan orang lain, anak saudara mamanya juga.

****

Tekun Dian Hasya menekan-nekan papan kekunci komputer. Sambil sekali sekala mata dan tangannya memerhati dan menyelak helaian kertas yang berjadual. 

"Hasya, lunch." 
"Okay, kak. Sekejap nak save." Hasya bingkas bangun dari duduknya dan mencapai tas tangan coach, hadiah dari mama sempena dia mula masuk bekerja sebagai practical student. 
"Amir tunggu tu." 

Menyeringai Dian Hasya. Berdiri mengeraskan diri. 

"Pergilah, orang dah tunggu." 
"Kak, saya tak nak lah kak. Kalau kak Maria tak ikut, saya tak nak pergi."
"Suami kak datang nak makan sekali hari ni. Pergilah, Amir tu okay. Di jamin oleh lever brother."

Dian Hasya mengeluh. Dia terlupa hari ini hari Rabu. Bercampur rasa segan dan takut untuk turun lif bersama. Tetapi waktu itu ramai orang, jadi mahu tidak mahu dia terpaksa juga pergi. Lapar. Tak sempat makan pagi.

Di dalam lif ada tiga orang lagi yang sama-sama masuk. Mereka berbual-bual termasuk Amir Hamzah. Dian Hasya membatu.

Sebaik sahaja dia mahu keluar terasa bagai di tarik.

"Nak ke mana? Awak ada date dengan saya. Kita ke parking." 

Seriau dia dengan lelaki ini. Sudah lah 4 hari tak nampak muka. Jumpa di pantry pun buat tak nampak. Tiba-tiba nak bawa keluar. Banyak cantik.

"Makan kat sini sudah lah." Dian Hasya cuba keluar lagi sekali. Namun gagal, di tariknya lagi sekali beg sandangnya. Kalau putus beg tu, siap kau Amir Hamzah! Aku nak terajang. Ops...

#######

Wah, kalau dah membuak idea macam macam yang keluar. Tak dapat nak stop. 

Dah lama sangat ni. Bagi rileks dulu. Ummi pn bukan banyak masa sangat. Tapi rasa macam tak sabar sahaja nak sambung. Macam banyak pula kisah dia dengan Amir Hamzah ni.

No comments:

Post a Comment