Monday, 23 June 2014

Someone like you - 1

Assalamualaikum.

Ini buat julung-julung kali ummi curi2 masa untuk buat balik hobi yang dah bertahun-tahun ummi tinggalkan. Ianya adalah penulisan. Oh...patutlah kalau mengarang dalam Facebook kemain panjang sampai kena sindir2 dengan orang. Huhuhu...

Sebenarnya utk tulisan ini, tak ada draf apa pun. Redah je semua plot. Ada juga cita2 nak menjurus pada penulisan islamik, tapi kena usaha lebih untuk karya sebegitu. Tak boleh main-main.

Karya ini mungkin karya yang biasa2 sahaja, lebih kepada 'sesi memanas enjin' tetapi kalau ada kesempatan, nak mencuba ke arah pemikiran dakwah. Namun. Perlu membuat kajian, tak boleh redah apabila kita mahu bermain fakta. Doakan ummi dapat berfikir penceritaan sebegitu nanti. Mungkin selepas karya ini, atau semasa karya ini di buat, ummi sudah ada draf nya. Siapa tahu...doakan ya. Mahu juga menyumbangkan sesuatu dengan berdakwah melalui penulisan. Rugi kalau tak buat.
Boleh juga bangun untuk bersolat malam memohon dari Allah. Iyalah, kita ni pendosa, jika ada karya yang menjurus kepada dakwah alangkah indahnya. Ya Allah. Ya Allah. Bantu ummi nanti.

Kalau genre seram ummi dah pernah buat, tapi bila ada gangguan, rasanya karya itu yang pertama dan akhir. Aku tak mahu tidur lampu terbuka lagi. Hahaha. Ok, xnak ingat fasal tu.

Selamat menjamu mata dan sorry sb kalau ada terguna bahasa inggeris ummi tak buat buat italics font sb malas, pakai hp katakan. Ampun... Pemalas kau rupanya...

(Update)

1

Di dalam dewan nampak segalanya serba mewah dengan taburan bunga-bunga segar dan lampu-lampu chandelier yang bergantungan. Gabungan warna ungu dan merah jambu yang lembut serta warna putih sebagai latar dewan amat menyerlah. Jika ini adalah perkahwinan teman-teman, sudah pasti dia tidak akan segan-segan menanti acara ke akhir untuk bergambar di pelamin yang sungguh indah. Nasib baik dia menerima pelawaan mama dan papaya semalam untuk ikut sekali ke Melaka ini. Jika tidak, pasti dia kebosanan di rumah sewa di Shah Alam. Cuti hujung minggu baik dimanfaatkan.

Ucapan alu-aluan yang bergema menandakan tidak lama lagi pengantin akan masuk ke dewan. Dengar dari kata mamanya, perkahwinan seorang doktor dan jurutera. Patutlah gah. Dia juga sudah lupa, bila kali akhir dia muncul di majlis sebegini. Tiba-tiba tersenyum sendiri membayangkan wedding nya. Tema apa ya? Dengan siapa? Senyum dia sendiri. 

"...pasangan merpati dua sejoli, Amira Jaslin binti Dato' Mokhtar dan pilihan hatinya, Amir Hamzah bin Dato' Haji Baharom."

Terasa bagaikan ada darah panas yang menyimbah ke kepala. Hilang terus senyuman diwajah. Terasa nama itu seperti biasa didengar sebelum ini cuma berbeza sedikit. Ayahnya rupanya bergelar Dato. Orang yang samakah? Dian Hasya bermonolog sendiri.

Lama dia memerhati di skrin layar putih. Memerhati wajah pengantin. Diam. Bercampur baur dalam debaran. Dia mencari-cari wajah di meja VIP 1 di hadapannya. Ceria sungguh Datin Anissa dan suaminya. Ya, bagaimana tidak gembira, anak bujang terlajaknya akhirnya sudah menjadi suami orang. Dan sudah tentu gembiranya dia kerana bukan Dian Hasya yang menjadi isteri anaknya.

Menggelitik hatinya mahu mencuit papa, bertanya apakah hubungan mereka sehinggakan mereka juga berada di meja VIP 2 ini. 

Pengantin yang tiba bagaikan pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan memukau seluruh dewan. Wajah Dian Hasya suram. Cuma kali ini tiada rasa kesedihan dan kepedihan melampau lagi. 

Terasa menyesal mengikut mama dan papanya ke sini. Sudah hampir satu jam dia di dalam dewan. Perut pun sudah kenyang, mama dan papa seolah-olah tidak mahu berenggang dengan kawan-kawan yang duduk semeja dengan mereka. Adakala terselit topik tentangnya. Bosan.

Hasya menyedari, Datin Anissa berada di belakangnya menyapa mama dan papa. Tanpa sedar dia tersenyum sinis. Mahu tidak mahu, dia akan berhadapan juga dengan mertua tak jadinya. Dan sudah pastinya ia adalah rahsia yang akan disimpan kemas di hati. Rahsia yang telah di jaga rapi dua tahun sudah.

"Tambah lagi Tengku Daud, Ku Safwa." formal.
"Sudah kenyang Datin Anissa." Papa tersenyum-senyum sambil memandang Hasya.
"Terima kasih, sudi datang dari jauh untuk majlis anak saya. Seronok saya. Dijemput duduk semeja dengan saya tidak mahu." nadanya seperti merajuk. Ah, menyampah.
"Biarlah kaum keluarga yang diraikan berada bersama Datin. Kami di sini pn sama mendapat layanannya, kan Hasya?"
Kenapa pula namaku dipetik mama?

"Bawa anak ya Tengku?"
"Iya ya. Kenalkan ini anak saya."

Dengan lafaz bismillah didalam hati, Dian Hasya berpusing badannya dan memaksa diri untuk senyum.

"Apa khabar, Datin. Saya Hasya."
Sumpah. Memang nak terbeliak biji mata Datin Anissa. Sememangnya dia tidak tahu siapa dirinya.
"Aa...anak Tengku ke?"
"Hehehe, ya Datin. Anak kami. Tengku Dian Hasya." mama membetulkan namanya. Sengaja Hasya meninggalkan Tengku dihadapan kerana dia tahu, mamanya sendiri akan menambah.
"Oh." itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Kemudian dia meminta diri utk beramah ke meja lain. Pastinya riak wajah sudah tidak seceria tadi.

Dia masih ingat aku barangkali. Tetapi dia sudah pasti tidak mengetahui nama sebenar dan asal usulku. Hmm, apalah yang ada pada nama, bisik hati kecilnya.

Tanpa sedar, majlis makan beradab sudah selesai dan dia tidak sedar bilakah masanya pengantin itu menghampiri meja VIP. Tahu-tahu sahaja matanya dan Amir Hamzah berlaga dari jauh. Dia pasti orang yang sama.

Dian Hasya tidak mahu memikirkan apa-apa buat masa sekarang. Perkenalan dia dan Amir Hamzah dahulu tidak lah lama, tetapi ia amat memberikan kesan. Dia pernah menyimpan harapan apabila dilamar lelaki itu sewaktu zaman praktikalnya di syarikat yang sama.

Dia cuba untuk tidak melayan sejarah lama. Apa yang dimiliki sekarang mungkin juga hasil dari penghinaan keluarga lelaki yang hampir2 diperkenalkan pada kedua org tuanya. Syukur dia tidak jatuh atas rasa terhinanya dia. Malah semakin bersemangat menghabiskan pengajiannya dahulu. 

Aneh. Amir Hamzah dan Dian Hasya berlagak tidak mengenali. Cuma dia dapat mengesan, dari tubir mata lelaki itu sekali sekala ada mencuri pandang. Sudahlah Amir. Keluh hatinya perlahan.



No comments:

Post a Comment