Assalamualaikum...
Ibu2 sekalian sudah melalui pengalaman menghantar ank2 ke sekolah? Bagus? Alhamdulillah...
Esok inshaAllah 1st day hantar mia yusuf ke sekolah. Maka perjalanan Homeschooling kita menjadi part time~♡♡♡ tidak mengapa. Kita memahami keupayaan diri kita sendiri ya.
Alhamdulillah syukur ya Allah ats peluang yang engkau berikan dpt memberikan nikmat mendidik anak2.
Kalaulah kalian tahu betapa ummi tertekan membuat pilihan. Beberapa tempat ummi dtg dan melawat...hati masih xmahu melepas sehinggalah ke sekolah tersebut. Hati ummi terasa lapang. Sesekali msh dtg ragu2, tapi ummi tahu, kena abaikan bisikan2 itu.
Anak2ku, hormatilah guru mu. Kasihi guru mu, hargailah guru2 mu kerana mereka adalah perantaraan Tuhan mu yg membekalkan kamu ilmu dunia dan akhirat,
Anak2ku, kasihi rakan2mu, bergaullah dengan baik, moga kalian dikalangan sahabat yg baik2,
Anak2ku, semoga kau dikasihi dan disayangi oleh mereka2 yang berdampingan denganmu kerana kebaikkan dan akhlak mu,
Moga Allah mempercantikkan akhlak dan peribadi mu anak2 ku, Moga Allah pelihara segala kebaikkan yg ada padamu, Moga Allah menutupi aib mu dan moga kamu mampu mengawal dirimu drpd kemarahan yang dtg tanpa kamu mahu,
Anak2ku, bukan bermakna ummi melepaskan kamu kerana ummi penat dengan kamu, malah ummi berasa berat sekali melepaskan kamu insan2 kesayangan ummi kepada mereka yg tidak ummi ketahui hati budi mereka,
Namun ummi percaya, mereka2 itu adalah guru2 insan terpilih yg terbaik untuk memberi tunjuk ajar pd ank2 sebayamu,
Ummi mendoakan yg terbaik utk kamu anak2 kesayangan ummi,
Allah lah yang menjaga mu selama ini maka mengapa ummi perlu lagi berasa gundah sedih dan hiba begini,
Semoga sedikit sebanyak didikan ummi menjadi tapak yg kukuh utk kamu mula menerima pelajaran dengan guru baru mu,
Moga ilmu yg kamu terima menjadi bekal dalam kehidupan kamu seharian,
Allahurabbi...
Ya Allah, lindungilah anak2ku dan bimbinglah anak2 ku untuk mendapat ilmu yang berkat, jadikanlah anak2ku ini manusia yang bermanfaat pd ummah.
Bimbinglah aku dan suamiku... untuk menjadi ibubapa yang baik utk anak2 kami, Kau pertemukanlah sahabat2 yg baik buat anak2ku Ya Allah. Kau pertemukanlah insan2 baik buat kami suami isteri untuk memperkuatkan hati kami...
Sesungguhnya aku berasa amat tidak layak meminta sesuatu yg banyak seperti ini tetapi aku amat memerlukannya untuk keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat buat ank2ku yg ku kasihi.
Jadikanlah ank2ku insan yg terpilih untuk menyebarkan agamaMu suatu hari nanti Ya Allah
Permata hati ummi Iman Damia dan Muhammad Yusuf, moga baik2 sahaja masa pengajian kalian.
Buat Amani Nasuha, kita teruskan pengajian kita...
Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil aakhiratihasanah, waqinaaa'zaabannar... wasallallahua'la alihi wasabbihiwasallam, walhamdulillahirabbil a'lamiin... amin yarabbal a'lamin.
::dunia pembelajaran dr rumah tidak pernah terhenti, malah senantiasa ada dan terus ada::