Friday, 23 November 2012

Newborn Set - Dark Blue+Light Green

Assalamualaikum.

What a color. See how nice it is. Haha, speaking kau bila rasa comel. Koya yeng.
Alhamdulillah, pemilihan warna dari customer Ummi. Hebat. Kombinasi menjadi. Ummi sangat suka warna ini.

Pssst, nak ngumpat sikit. Abi komen Ummi tak pandai main kaler sebab guna kaler 'berani' ni. Ummi kata warna ni cantik lah. Bila dah siap semalam Abi kata, cantiknya~~~ Bila Ummi kata hari tu kata Ummi tak pandai main kaler (padahal bukan Ummi pilih..haha). Abi kata masa dia kata tu barang tak siap lagi, tak nampak~


Newborn Set - Dark Blue+Light Green
Cantik tak warna ni? Pandaikan~~


Mittens


Booties


Hat / Snow hat

Alhamdulillah. Selesai sudah menghapdet gambar projek Ummi. Syukur Terima kasih pada semua peng'oder' dan bakal peng'oder'. Di alu alukan mencipta dan bermain warna. InshaaAllah Ummi cuba buat yang terbaik wpn dalam setiap penciptaan dr Ummi tiada yang sesempurna kejadian ciptaan Allah.

Baiklah. Sampai di sini.
Ummi kena siapkan tempahan dari United Kingdom. Excited dapat order dari sana.


Interested? Kindly leave your message on my facebook. Search Adeela Abdullah.
Thank you. 

::Order adalah mengikut giliran::

My First Earflap Hat

Assalamualaikum...

Siap. Siap. Siap. Alhamdulillah.
Tempahan kali ke dua dari kawan Ummi~ Terima kasih ya~

Ummi kena buat satu untuk Yusuf saiz ini (3years old) memandangkan dia tak buang sebaliknya terkedek2 bjalan bila Ummi kenakan atas kepala. Rasa nak nangis pun ada melihat betapa comelnya Yusuf pakai mcm tu~ Setiap ibu akan puji anak dia yg paling syomel...just like what i did~ Hihihi.

Tarrrraaaaa..
Suka juga dengan kombinasi warna ni.
Beliau mahu warna yang striking memandangkan akan ke luar negara nanti.
Betul juga tu.
Warna macam ni memang memudahkan pandangan untuk melihat anak kita dari jauh.
::Safety First::


Earflap Hat




Arfah



Interested? Kindly leave your message on my facebook. Search Adeela Abdullah.
Thank you. 

::Order adalah mengikut giliran::

Order Lama

Assalamualaikum

Entah entry ke berapa Ummi mengarang cerita ini malam. Abi dah bising suruh buatkan casing untuk adik kepada yiped~ Ummi malas lagi boleh tak? Ngeh ngeh ngeh.

Alhamdulillah akhirnya berjaya siapkan tempahan kawan Ummi. Kali ni repeat order. Owh, rupanya Ummi belum masukkan gambar barang order kawan Ummi ni yang terdahulu~ Huhuhu.. Kita cuci mata layan order terdahulu ok!

Newborn Set - Baby pink+Baby blue

Booties


Mittens


Hat


Lega dah siap upload~


Interested? Kindly leave your message on my facebook. Search Adeela Abdullah.
Thank you. 

::Order adalah mengikut giliran::

Kopiah dan Booties

Assalamualaikum.

Tempahan dari kawan masa sekolah menengah di Terengganu. Katanya anak2 saudara gembira menerima hadiah darinya~ Huhuhu, Alhamdulillah. Ummi pun rasa gembira anak2 suka~

Kopiah kanak-kanak

Tempahan kedua booties untuk puterinya dan anak saudara~
Seronoknya ada mak sedara macam ni kan? Ummi pun nak dia jadi mak sedara Ummi la macam ni, boleh?~ hehehe. Beruntungnya anak2 buah~ Murah rezeki macam ni bila selalu memberi. Alhamdulillah~

Booties 


Interested? Kindly leave your message on my facebook. Search Adeela Abdullah.
Thank you. 

::Order adalah mengikut giliran::

Newborn Set - Yellow+Dark Brown

Assalamualaikum~

Seterusnya order kedua oleh mak sepupu Ummi tapi Ummi tak lah panggil dengan panggilan mak something2~ Lebih senang dengan panggilan seperti adik beradik. Usia kami pun tak lah jauh beza. Huhuhu~
Pilihan warna dari beliau sendiri~ Setakat hari ini Ummi ada lagi dua orang customer yang mahukan kaler yang sama tetapi design tak sama. 
Warna ini memang menawan sekali. Aduh aduh... Ayat macam ni lah yang buat Ummi rasa nk ketawa. 

TAHUKAH ANDA:
Set baby newborn untuk Hat Ummi kait untuk Baby sampai setahun. Boleh pakai lama kan? Ummi mahu mereka rasa berbaloi~

Newborn Set - Yellow+Dark Brown


Mittens


Booties


Hat


Beanie


::All the set::

Alhamdulillah. Selamat akad berjual beli. 


Interested? Kindly leave your message on my facebook. Search Adeela Abdullah.
Thank you. 

::Order adalah mengikut giliran::

Newborn Set - Pinky+Baby Blue

Assalamualaikum.

Order dari mak sepupu untuk bakal baby girl yang akan lahir tak lama lagi. Bulan Disember akan datang. Seronok crochet warna pink ni. Rasa macam nak makan~ huhuhu...
Set ni memang pilihan dari ibu bayi. Sweet color. Ini adalah set pertama beliau.

Newborn Set - Pinky+Baby blue


Mittens

Booties

Hat

Interested? Kindly leave your message on my facebook. Search Adeela Abdullah.
Thank you. 

::Order adalah mengikut giliran::

Sejarah hadirnya Crochet dalam hidupku

Assalamualaikum...

Halamak tu dia tajuk entry sangat jiwang.

I am back! Alhamdulillah lama bertapa maka adalah beberapa hapdate fasal kerjaya terbaru Ummi kan. Sendiri cari penyakit tambah kerja macam kerja kat rumah sikit sangat. Tapi x mengapalah. Allah guide me to this way, earn my on extra pocket money and not depend 100% to husband. Asalkan halal.

Sebelum ni Ummi banyak fikir apakah jenis perkara/kerja yang Ummi boleh buat yang Ummi boleh buat di rumah? Ummi xnak pekerjaan Ummi nanti akan menimpa sesuatu dosa samada untuk Ummi atau Abi. Pernah Ummi cuba untuk berbisnes tudung, tapi xleh on memandangkan Ummi tak pandai buat sale untuk tudung saiz yang Ummi pakai. Jadi kebanyakkannya Ummi pakai sendiri dan Ummi bg kepada sesiapa yang berkenaan.

Pernah membeli kain felt sebanyak banyaknya konon nk buat craft. Buat, tapi makan masa dan anak2 Ummi semuanya suka dengan gadjet2 'bahaya' yang tidak sesuai untuk mereka. Jadi Ummi hold projek Ummi yang itu. Nasib baik unperishable goods kalau tak masuk dalam tong sampah la jawabnya~

Alhamdulillah selepas tak lama Ummi order barang crochet dengan isteri kepada kawan Abi, kemudian Ummi ternampak rancangan wanita di TV fasal crochet. Tiba2 datang satu perasaan yang macam orang mengidam yang teramat. Amik ipad google kait dan jumpa word crochet and knitting. Ummi study dan masa tu tak tahu lagi nak belajar crochet atau knit. Esoknya berangkat ke KL cari kedai tapi hampa. Rasa macam tercekik sebab xdapat apa yang dihajat.

Selang beberapa hari kendian, Abi belikan bbrapa saiz hook dan benang. Yahuu and Im fail! Sigh.
Berapa lama mengadap youtube nak belajar punya pasal. Nak pandai crochet kena mencuba dan mencuba. Pernah rasa nak nangis dan putus asa. beberapa hari/minggu Ummi xsentuh hook. Tapi mengenangkan Abi banyak belikan benang untuk Ummi jadi Ummi xnak sia-siakan.

Inilah dia kalau guna duit Abi. Ummi rasa macam xsanggup nak membazir biarkan benang mcm tu. Sebab tu Ummi paksa diri untuk terus buat dan buat. Kalau guna duit sendiri beli tudung berpuluh helai, beli felt dan mcm2 bnda tu Ummi selamba je tak sentuh. Huhuhu...baru perasan diri ini mcm ini. Bila dah konfiden baru Ummi laburkan duit sendiri beli benang sesuka hati~
Lagipun bukan apa, asyik kena kondem je dgn Abi. Kali ni nekad, kena buktikan Ummi boleh.

Sekarang alhamdulillah, rezeki ada dalam bidang kraftangan. Walaupun pulangan nya biasa2 tapi tak mengapa. Setiap kali siapkan order setiap kali tu Ummi sentiasa belajar meningkatkan ilmu. Syukur. Semoga Allah terus memberkati pekerjaan ini untuk Ummi dan kawan2 crocheter yg lain. Dan Ummi sangat gembira berada dalam group YLM kat fb~ Selalu membantu dan saling menyokong. Ummi suka dan seronok suasana santai mcm tu.

Ok. Sekian dulu celoteh di tajuk ini. bemula sudah menghaplod brg order yang tak seberapa~