Assalamualaikum warahmatullah...
Puasa untuk hari ke3 tetapi belum lagi memasuki fasa bersahur. Selamat berpuasa semua.
Ramadhan kali ini cabarannya adalah di dalam tempoh menyusukan anak. Hari pertama sukses, segar dan bertenaga. Agaknya sebab keluar dr rumah dan dapat berjalan2. Oh, jgn salah faham. Ummi tetap balik rumah untuk masak buat keluarga tersayang. Sukses tetapi sebenarnya ummi dan suami tak bersahur. Terjaga jam 615 pagi. Abi nampak upset. Ummi pening sebab tidur pukul 3pagi. Nasuha ajak bergurau senda. Kesian abi, ummi pn dah siap masak sebenarnya. Tinggal nak panaskan.
Jadi, lauk itu di buat sarapan untuk anak2. Bertambah2 mereka makan. Tambah kali ke3, disekat abi. Xboleh lah kakak. Awak tu dah la gebu gebas. Nasib baik awak tinggi.
Hari ke2, cabarannya getir. Kepeningan melanda. Ummi start masak pun pukul 6 petang. Tapi Alhamdulillah, siap juga sambil dukung si sengih Nasuha. Pelik dia tgk ummi berperang dengan senduk. Suami balik, dia ambil tempat kat dapur dan ummi mandikan anak bongsu.
Dia lah yg tambah itu ini dalam masakan(actually tambah carrot dalam ayam masak merah). Hehehe.
Hidangkan lauk pauk pn abi yang bantu. Bab buat air, ummi tak bagi abi buat. Kopi o panas kalau xkena gaya, xbest. Saya xsuka marah orang, jadi baik sy buat. Hehehe...
Bila masuk bab menyusukan anak, kena tingkatkan usaha untuk pastikan anak selalu cukup dan kenyang. Kalau sebelum puasa, ummi ada ambil supplement tp bila masuk puasa ummi tangguh dlu. Xsmpat nak minum air masak byk2. Jadi ummi teruskan apa yg ummi buat sebelum ni. Minum nestum memang ambil setiap hari. Kemudian ada tips urutan dan selawat dan niat, doa pada Allah minta dicukupkan rezeki buat anak. Ada masa org terlepas pandang perkara ni. Ummi pn ada masa lupa, tp bila ingat, terus buat. InshaaAllah, murah rezeki anak. Lepas tu, buah kurma. Bulan puasa ni rajin sungguh mkn kurma, kalau tidak, pandang sepi sahaja padahal khasiatnya banyak. Hikmah bulan puasa.
Semoga ibu2 hamil dan menyusukan anak dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. Kalau tak tahan, jangan paksa diri. Allah bagi kelonggaran kan. Manfaatkan untuk anak dan kesihatan diri. Ummi harap dapat bertahan, InshaaAllah.
Di samping gembira menyambut puasa, jangan di lupa pada mereka yang kehilangan ahli keluarga. Kadang bila teringat, rasa sedih. Ummi pandang suami dan anak2, mereka ini pinjaman yang ada tempoh untuk ummi. Dan ummi juga ada had tempoh untuk terus berkhidmat kepada mereka. Semoga Allah memanjangkan usia kami. Dan semoga kami memanfaatkan waktu yang diberi pinjam ini.
Allahurabbi.
No comments:
Post a Comment