Assalamualaikum~
Wah, Lamanya tak berupdate. Rasanya untuk tahun ini belum ada lagi entry yang dimuat naik.
Alhamdulillah. Diberi ruang dan peluang untuk terus hidup di bumi Allah. Masih berpeluang membesarkan anak2 bersama suami.
Tahun 2014 sudah menginjak ke pertengahan. Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang tempoh hampir 6 bulan ni. Baik perkara manis, maupun yang pahit.
Bulan January, dimulai dengan perkahwinan sahabat baik dibangku sekolah Ummi. Syukur Alhamdulillah. Terasa amat gembira dan syahdu melihat dia. Sangat cantik dan manis org nya.
Bulan February, beberapa hari sebelum ummi melahirkan Nasuha, dapat berita kematian pakcik. Bila dapat call dr adik, abi yang jawabkan. Ummi dah terdetik fasal pakcik ummi. Tak tahu kenapa tapi mmg ummi teringatkan dia. Sedih tak terkata, tak dapat pulang nak berikan penghormatan yang terakhir buat allahyarham. Cuma dapat call anak arwah pakcik ummi...
Adik2 ummi di Bukit Changgang, sepupu2 ummi di sngor ni semua balik malam tu juga. Ummi putih mata mengintai dr tingkat 4.
Sepanjang ummi tau dia sakit, cuma sekali dapat menjenguk ke hospital. Sebaik memandang pakcik Ummi, dalam hati berkata pd diri sendiri. "sabar. Sabar."
Ummi duduk di sebelah dia. Tak hiraukan anak2 yang mula tak selesa melihat ramai org sakit. Pakcik yang ummi panggil Ayahteh sedang tidur. Tak sampai hati nak kejutkan. Ummi tunggu.
Tak lama, dia bangun dan terkejut sedikit nampak ummi. Tapi Ayahteh nmpak segar. Beritahu kenyang, makan banyak dan berselera. Alhamdulillah. Ummi mengharap sinar utk dia makin sihat. Sebab ayahteh nampak kurus. Tak sama seperti dulu.
Ayahteh cerita tentang dirinya, tentang kulitnya yang mengering tetapi semakin baik. Tentang dia semakin berisi. Ummi disebelah, menggosok lengan ayahteh. Memegang lengan dia. Di dalam hati berasa sayangnya pada ayahteh. Terasa cepat masa berlalu, terasa zaman kanak2 ummi dan waktu muda dia betapa sudah jauh ditinggalkan.
Macam2 cerita ayahteh berceloteh. Dalam hati terus mengharapkan cepat proses sembuhnya. Ummi nak jumpa lagi ayahteh. Ummi nak bersembang lagi dengan ayahteh, perkara yg jarang ummi lakukan.
Bila tiba waktu beredar, ummi salam dan peluk cium kedua2 pipinya, seperti yg ummi biasa buat pada abah. Betul2 mengharap ayahteh sembuh seperti biasa. Terasa amat sayang. Dia umpama abah...
Waktu berpaling dan melangkah pergi dr ayahteh dan kawannya yg kebetulan juga sampai, airmata dah tak tertahan. Ya Allah, sembuhkan dia. Sembuhkan dia.
Di luar wad, ummi call ma, nak make sure wad apa abah duduk. Kebetulan abah pun warded juga masa tu. Tahan nafas nak call my mom, sebak belum habis. Airmata yg tumpah, dikawal dengan nada biasa. Sukarnya...
Rezeki utk berjumpa dengan Teh, isteri ayahteh di sekitar lif. Tak boleh nak hold, ckp dgn ma dlm Telefon, airmata keluar org xnmpak. Tapi berhadapan dengan mkcik, tak boleh nak menyorok. I cry and cry. I'm shocked. Teh kuat, mungkin sudah terbiasa, tetapi mata dia tetap basah dan kami berpelukan, lama... Dia tak bagi ummi stress memandangkan tengah sarat mengandung masa tu. "ingat anak long." sambil gosok lengan ummi.
Sekali lagi nak jumpa ma abah dalam wad yg dikawal oleh mak guard. Abi dan anak2 terpaksa tunggu di luar. Ummi senyum. Tgk ma suap nasi ayam Kat abah. Ma nak suap ummi, tapi tak lalu makan. Bila duduk, masih tak dapat bercakap, tapi tiba2 airmata tetap mengalir, ummi ketawa tapi airmata mengalir. Ma ckp abah xde apa2, esok lusa dah boleh balik. Ummi tahu, ummi nmpak abah sihat, segar. Boleh makan. Boleh berjalan sendiri ke toilet.
Hati masa tu masih teringat pada ayahteh.
"ingat Kat ayahteh," muka senyum tapi suara sebak. "sebab tu abah suruh sangat pergi tengok sebelum balik KL" kata abah. Betul, memang abah dah ingatkan dan tegas utk ummi pergi ziarah ayahteh kalau balik dr KL. Cuma ummi yg xsure, bila ckp mcm tu, nampak abah mcm nak marah sebab jawapan ummi yg ragu2. Tapi ummi tak sangka perubahan fizikal ayahteh. Betul2 tersentap dalam hati. Dan bila keadaan mcm tu, ummi menyesal, kenapa aku buat sambil lewa sangat...
Sepanjang dalam kereta, dari hospital ke Kuala Lumpur, ummi menangis. Berdoa dan berdoa mengharap kesihatan nya baik. Bersyukur sebab dapat ziarah, terasa lega dan puas hati dapat peluk dan cium bapa saudara ummi yang paling mirip dengan abah. Semoga dia tahu, ummi sayang dia.
Di rumah, tak kira masa, di dapur, di bilik, bila teringat, menangis. Ummi sangka, ummi tak mahu coretkan kesedihan ini di sini. Tetapi ummi tak mahu lupakan dia yang telah pergi. Ummi nak kenang arwah pakcik ummi in the best way. Betul lah, bila org dah tak ada baru di kenang-kenang. Terasa teruk diri ini.
Bila nekma dtg utk persiapan ummi nak melahirkan anak ketiga, nekma bercerita tentang ayahteh. Okay, lagi sekali tak boleh nk kontrol. Nangis lagi.
Ummi bayangkan dia seorang yg garang, tetapi semasa melawat, ummi nampak sisi peramah ayahteh. Banyak dia cerita dengan ummi sampaikan terasa nak duduk lama lagi dan nak dengar lagi.
Nekma cakap, ayahteh kelakar orgnya, tapi riak sahaja yg nampak garang. Adik2 ummi untung lah, mereka mmg tau arwah seorang yg kelakar. Hmmm...
Alhamdulillah. Ma ummi cerita, mudah nak diuruskan jenazah. Semuanya baik2.
Bila terkenang begini, tumpah lagi airmata teringatkan dia sepanjang mengarang tentang arwah.
Semoga tenang berehat di sana. Semoga di tempatkan bersama org2 yang beriman.
Al-Fatihah buat allahyarham ayahteh.
No comments:
Post a Comment