Thursday, 11 December 2014

Someone Like You - 6

Assalamualaikum...

Hola Hola... Suka hati aku je kan ubah tajuk. Haa, mmg aku suka suka hati je sekarang ni. Boleh ke tajuk English cerita melayu? Buat ajelah ye.
Selagi tak tamat mmg tak ku tukar sahaja.
Siapa yang nak jadi hero ni? Amir Hamzah atau Rashidi? Atau akan ada hero lain muncul?
Someone like you mcm lebih dekat je dengan cerita ini.

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead".

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Cam touchling and kickling je kan. Ohohoho...my favorite words... Tu bahasa oh my English. You'll never understand that.
Cuma, siapa yang kita nak jadikan mangsa tersepit ini? ...jauh lagi cerita ni. Amir Hamzah...Kenapalah kau dah kawen? Awal2 part kau dah kawen. Watak kau ni nak kena matikan atau sebenarnya nak berkembang? Ada hati lagi ke kat Hasya tu. Hasya takkan layan laki orang... No. No. No.
Episode ni masih lagi throwback kisah lama... Tapi dah tak lama dah, kita akan masukkan plot terkini.
Ok lah...lama dah peram...


Part 6

Boleh tahan berangin juga lelaki yang sedang memandu ini. Boleh selamba dia tinggalkan makanan macam tu. Perutnya dipegang perlahan. Lapar lagi.
Sampai sudah tidak bercakap Dian Hasya dan Amir Hamzah. Masing-masing melayan fikiran sendiri. Malas untuk beramah mesra. Rasanya cukup sahaja perhubungan seperti sebelum ini. Bertembung cukup sekadar senyum atau menundukkan pandangan, itu amat menyelesakan dia.

Teringatkan abang Rashidi membuatkan perutnya bergelora. Dian Hasya berasa sedikit bahagia. Abang Rashidi cemburukah? Lain macam reaksi dia tadi, tidak seperti selalu. 

"Thank you Hasya sudi ikut I lunch. You naiklah dulu ya," Amir Hamzah terus meninggalkan dia di tepi lif dan terus menghilang ke lobi. 

Teruk sangat ke reaksi aku pada dia? Kenapa lain benar perangai dia ni seorang? Berserabut pula Dian Hasya. Ini yang dia selalu katakan pada dirinya sendiri, lelaki ni ada masanya 'trouble maker'. Mengelakkan diri daripada mempunyai apa-apa hubungan dengan golongan Adam ini selalu menjadi keutamaan sejak dahulu. Berkawan itu sudah tentu ramai sahaja, tetapi yang dapat dikesan yang mempunyai motif lebih daripada itu selalunya Dian Hasya akan mendinginkan diri. 

Jam menunjukkan angka 4 petang. Perut sudah tidak menahan. Dipaksakan juga ke pantry mencari apa yang ada. Kopi segera dan 5 keping biskut jagung sudah memadai. Nikmatnya dapat menjamah makanan. Sesekali ditegur oleh staff yang lalu lalang, lantas tersenyum dan menjawab spontan. 

"Pagi tadi tak sempat sarapan."

Alahai. Kenapalah engkau muncul waktu ini? Tak boleh ke 10 minit lagi ke? 

Amir Hamzah tak berkutik. Dahi luasnya berkerut dan kertas A3 di tangannya di gulung-gulung pula. Bersalah pula dia. 

"Pinjam hp!" diterkamnya hp Dian Hasya yang berada di atas meja tanpa rasa bersalah. Dalam hati dia tersenyum dan pantas menghafal ID Facebook gadis yang sedang membulat matanya. Jarinya pantas menekan sesuatu. Dian Hasya tidak perlu tahu buat masa ini. Surprise Dian Hasya. Selamat berkenalan dengan pemilik hatimu. Nasib baik hp Dian Hasya tidak berkunci, mudah utk dia membuat panggilan ke hp nya sendiri. 

"Save my number. I will call you tonight." terkebil-kebil Dian Hasya memandang lelaki dihadapannya yang mengenyit mata dan berlalu pergi. Sangat tidak beradab, sudahlah mengambil hp nya tanpa bertanya, siap memberi arahan supaya menyimpan nombornya. Tetapi, kenapa rasa berdebar-debar sahaja? Oh hati, jangan mudah kalah dengan muka macho terkawal seperti tadi. Serasa ingin mengisytiharkan perang sahaja. 

**************

Percubaan melelapkan mata gagal. Aku tak akan tunggu panggilan dia. Tidurlah. Tidurlah.

Semua tidak kena. Mengiring ke kiri dan kanan. Bertukar posisi juga tidak melelapkan matanya juga. Kenapalah kau sebut ayat berpuaka macam itu? 
::I will call you tonight?:: 
And I'm like idiot waiting for your call for 3 hours? 

Sekejap dimatikan telefon. Kemudian di hidupkan semula. Semuanya gara-gara berasa malu sekejap2 melihat telefon. Aku cekik kau Amir Hamzah kalau ada depan mata sekarang. 

"Hasya! Kau tak dengar ke aku ketuk pintu bilik kau ni?" Syahida muncul di sebalik pintu. Kelihatannya sedikit marah. 
"Tak, sorry. Kenapa?"
"Abang Shidi kesayangan kau ada kat bawah. Dia nak jumpa kau. Suruh kau pakai elok sikit sb nak ajak makan."
"Abang Shidi? Kau biar benar Syahida. Kenapa tak call aku? Macam mana kau boleh nampak dia?" 
"Aku baru balik makan dengan Ain. Nampak dia duduk je kat depan. Kau tanya dia sendiri kenapa tak call dulu." 
"Ai, marah nampak."
"Bukan marah, tapi balik cepat sikit. Dah 1130 malam dah ni. Kalau bukan sebab abg sepupu kau, aku dah perambat dah tadi."

Seorang yang prihatin, sebab tu Dian Hasya sayang sahabatnya ini seorang.

"Thank you darl. Aku nak pakai cardigan je sudah." 

Pelik betul waktu sebegini abang Rashidi muncul di hadapan rumah. Mesti ada perkara penting yang ingin di khabarkan. Serasanya sudah lama dia tidak keluar dengan abang sepupunya. Akhir sekali sewaktu abangnya pulang bercuti dari Jepun. Itu pun, terasa jauh sahaja. Semuanya gara-gara api cemburu teman tapi mesra abang Rashidi, Zainati, yang kini sudah bergelar tunangan abang sepupunya itu. 

"Abang, kenapa tak call dulu?" 
"Telefon abang dah habis bateri. Kebetulan abang lalu kawasan sini, abg ingat nak jumpa Hasya sekejap. Abg nak ajak ke kedai kawasan sini sahaja." 

"Hasya dah tidur ke tadi?" 
"Belum lagi. Tak boleh tidur."
"Kenapa?"
"Entahlah. Berserabut sikit."
"Fasal Amir tu ke?"

Ah sudah. Boleh pula abang Rashidi hafal nama si Amir Hamzah? Aku ni kalau boleh nak elak dari ingatkan dia. Dia punya fasallah aku berserabut tak boleh nak lelap mata.

"Entahlah. Susahlah nak cakap abang. Aik, macam mana boleh tersebut nama Amir ni? Hafal pula abang nama dia ye." sengaja dia menduga isi hati Rashidi. 
"Tak hafal kenapa, abang dengan dia satu sekolah di MCKK."

Serasa menelan batu dikerongkong. Sudah datang pelbagai andaian yang mula nak memenuhkan kotak fikiran nya.

"Abang dengan dia tak berapa ngam. Abang senior dia dulu. Kerek sangat budak tu, anak orang kaya katakan. Abang terkejut tengok Hasya dengan Amir tadi lunch bersama. Bercinta ke?"
"Kawan je." Di dalam hati, Dian Hasya menafikan. Amir Hamzah tidaklah teruk sangat. Cuma perangai 'sesuatu' dia tu adakala mengkacau bilaukan juga.
"baguslah. Lebih baik berkawan sahaja dengan orang macam dia tu."
"Dia taklah teruk sangat. Dia ok je setakat yang Hasya kenal dia." Walaupun dia buat aku kebuluran satu hari ni.

"Hati-hati dengan lelaki Hasya. Lelaki ni susah juga nak kenal pasti hati dia samada ikhlas atau tidak. Abang bukan apa, risau juga dengan Hasya."
"Amboi, bukan main abang risaukan Hasya ye. Ini yang buat rindu dekat abang Faris ni. Biasa dia suka bagi nasihat berguna mcm ni."

Abang Rashidi tersenyum buat seketika melihat Dian Hasya sempat mengambil gambar minumannya. Facebook lah tu. Mental betul adik sepupu ini seorang.

#Jangan berharap pada kata-kata. Hrm, don't you know, I'm waiting for your call!!! Giler!#
-Woi, balik la Woi...12 dah ni. Aku report mak ko karang!

"Sengal betul Ain komen dalam fb aku mcm ni!"

-Waiting for your call konon...patutlah mcm orang pekak badak aku panggil pun tak dengar.

"Abang, mkn cepat. Hasya nak balik dah jap lagi."
"Naik motor dengan abang ye. Cepat sikit sampai."
"Tak apalah. Hasya balik sendiri je. Ni pun cuma nak teman abg makan je."
"Kan dah lewat. Bukan susah pun, bonceng sajalah belakang abang."

Ini bukan masalah dengan lewat atau tidak. Ini masalah prinsip. Betul, aku suka dekat abang Rashidi ni tetapi takkan macam tu punya senang aku nak naik motor dengan lelaki. Bukan darurat pun. Malam pulak tu. Aku seram dengan diri aku ni haaa. Buat aku mengusik terpeluk dia karang, dia pula tersampuk tak boleh tidur terkenang kat aku malam ni. Oh baso bengong mu!
Hasya mengetuk kuat kepalanya.

"Kenapa pula tu? Adalah tu benda yang dia berangan tu!"
"Tak adalah. Hasya sakit kepala sikit. Mengantuk." tersengih sengih dia. Kalau abang Rashidi tahu apa yang ada dalam kepala dia tadi, mahu dia selam muka aku dalam sambal belacan tu.
"Iyalah. Sekejap abang bayarkan makanan."

Sesampainya dia diperkarangan rumah. Dia perasan Ain dan Syahida mengintai dari sliding door. "Siap korang kejap lagi. Kalau abang Faris baca komen dlm Facebook, nanti tak fasal fasal aku kena soal siasat keluar dgn siapa. Malas betul."

*******************







Thursday, 18 September 2014

Someone like you- 5

Assalamualaikum...
Long time no see... Bercampur-campur, sekejap tulis di handphone, sekarang mengadap komputer. Kalau bahasa yang Ummi suka guna, "rasa lawas mengadap PC. Cuma hp lebih best sebab ada dictionary dan ada memory apa ayat yg kita nak guna seterusnya. Memang sesuai untuk penaip yg malas macam den.

Arghhh...malas nak edit nama2 chapter sebelum ni...!

Sambungan...
*****

Semalam dan Hari ini. 
Part 5

Dian Hasya mengeraskan pergerakkannya. Enggan mengikut Amir Hamzah. Kayu betul. Ingat aku ni apa main tarik-tarik beg macam ni.

"Apa yang susah sangat nak ikut I. I tak makan orang. Lagipun, Kak Maria kan tahu I keluar dengan you." Tangan Amir Hamzah masih memegang tali beg Dian Hasya. 
"Awak nak bawa saya ke mana ni?"
"Jumpa Tok kadi." Jawapan dari Amir Hamzah sudah meleret dengan senyumannya. Buat seketika Dian Hasya terbuai, manis lesung pipit Amir Hamzah. Kenapa sebelum ini dia tidak pernah perasan?
"Saya tahu saya handsome. Jangan tenung lama. Dosa," mengekek dia ketawa. 

Ya Allah. Rasa tebal berinci-inci kulit mukanya. Amir Hamzah tak boleh diberi muka. Seronok nampaknya mempermainkan Dian Hasya. Namun perlahan-lahan dikendurkan tubuhnya. Amir Hamzah seolah-olah mengerti Dian Hasya akan mengikutnya.

"Diam je."
"Awak rasa, semua ni will be the last time we going out together?"

Dian Hasya tidak menoleh. Tapi dia berasa mata lelaki di sebelahnya merenung tajam buat seketika. Apabila dia terdengar keluhan pendek, tiba-tiba dia rasa tak sedap hati. Dia terlalu keras kah dengan lelaki di sebelahnya ini?

"Saya nak berkawan dengan awak. Salah ke?".

Hilang I you dia. Sebelum ni bukan main ber I you. Dian Hasya menarik nafas dan menghembusnya perlahan.

"Saya janggal. Niat saya nak menimba pengalaman bekerja, saya tak terfikir untuk buat kawan dalam ofis terutama dengan staff lelaki. Engineer pula tu. Tak ada dalam diary saya langsung. Lagipun, saya bukan lama nak bekerja kat situ."
"Then masukkan nama I dalam diary you. Tapi nama I seorang sahaja. Dan You jangan keluar dengan orang lain ya," matanya mengenyit nakal. Ya, tidak patut aku percaya keseriusan riak wajah dia tadi. Asyik nak mengena sahaja.
"Awak ada keluar dengan perempuan lain?"

Tiada jawapan. Hanya memandang ke hadapan. Soalan Dian Hasya menjerat dia barangkali. Sekurang-kurangnya dia jujur. Dia keluar atau tidak dengan sesiapa bukan persoalan dan masalah buat Hasya. Kalau dia seorang yang jujur dan berkata benar itu sudah cukup. Bagi dia, diam tandanya iya.

"Kita ke Equatorial Hotel."

Tidak mengapa Amir Hamzah. Aku pun tak hadap sangat nak dengar jawapan kau keluar dengan perempuan lain atau tidak.

"Ok. Awak order sajalah untuk saya nanti."
"Kenapa?"
"Saya tak memilih."


LUAS dan dipenuhi dengan orang. Dian Hasya mengekori lelaki itu dari belakang. Segak dan kemas. Tak hairan ada yang memandang dua tiga kali. Pantang betul bagi dirinya untuk berkelakuan seperti itu. Sebenarnya, sehabis daya mungkin untuk Dian Hasya melawan diri daripada matanya dari terus menatap Amir Hamzah lama-lama.

Matanya menangkap nama Nipah CoffeeShop. Dari nama Dian Hasya beranggapan akan ada menu -menu melayu. Sangkaannya benar.

Baru sahaja mereka melabuhkan punggung di meja yang bertanda 'reserved', dia berasa bahunya di cuit perlahan.

"Hasya. Jauhnya datang makan."

Wah. Hero pujaan hati. Abang Rashidi. Macam mimpi jumpa kat sini. Thank you Amir Hamzah. You made my day. Terasa girang hatinya tiba-tiba.

"Ikut kawan. Abang dengan siapa?"
"Dengan kawan-kawan tapi kat meja depan sana. Abang nak panggil tapi nanti semua orang tahu nama Hasya," kerlingan Amir Hamzah disedari Dian Hasya.
"Kenalkan, ni kawan ofis Hasya, Amir."
"Rashidi. Ni dah lama ke berkawan?"
"Agaklah." pendek dan seperti kurang jujur pula jawapannya.
"Oyeke. Hasya, pandai ya. Abang cakap dengan mama papa nanti."
"Dont you dare!"

Berdekah suara abang sepupunya. Spesis hati kering. Kaki mengusik.

"Ok lah. Abang nak sambung makan kat meja sana. Olok-olok nak tengok makanan tadi padahal nak kejar Hasya. Lain kali abang bawa Hasya datang sini pula ya."

"Ajak tunang abang sekali. Karang keluar cerita scandal susah."
Terkaku seketika Rashidi mendengar suara Dian Hasya yang seolah-olah memerlinya. Spontan hidungnya di picit lama dan geram. Terus dia berlalu pergi sambil ketawa. Dia tak mengulas sindiran Hasya?

"Mesranya. Terasa macam I ni tak wujud pula tadi kan."
Ah sudah.
"Jealous?".
"Siapa budak lelaki tu? Selamba dia sentuh-sentuh you kat public macam ni. Kalau girlfriend I, dah lama I tarik ke luar."
"I bukan girlfriend you ke?"

Jangan main api Dian Hasya. Nakal dia dah datang. Berani pula dia lawan mata dengan Amir Hamzah. Mata macam tarzan.

"You nak jadi girlfriend I?"

Cepat-cepat Dian Hasya menggelengkan kepalanya. Tak mahu bermain tarik tali. Dia mahu cepat makan dan cepat balik. Lemas rasanya berlama-lamaan berdua. Lelaki di hadapannya ini suka menduga hati.
Tersentap pula hati, abang Rashidi memerhati dari jauh. Riaknya serius, tiada langsung senyuman yang sentiasa murah daripada nya. Barangkali makan dengan client ada isu serius yang menjadi topik. Oh please... Waktu makan, makanlah bersungguh sungguh. Urusan kerja, tolak tepi. Tetapi dengan lelaki yang ada di hadapannya, Hainanese Chicken Rice terasa susah di kunyah. Silap besar dia memilih Hurricane sebagai minumannya, a unique mixture of banana, watermelon and fresh lime with grenadine syrup and fresh cream. Betul2 terasa perutnya di landa taufan bila ada empat mata asyik memandangnya. Seorang di hujung sana, seorang lagi di hadapannya. Apalah malang hari ini.

"Rashidi tu siapa ya? Apa yang gangster sangat tengok I macam tu?"

Alamak, Amir Hamzah pun terasa diperhatikan? Kelu lidah nak menjawab. Tapi rasa tak sedap hati pula melihat sudu dan garfunya sudah di letakkan di sudut kiri. Tanda sudah tidak mahu lagi meneruskan makannya.

"Seorang abang, mesti akan ada sifat melindungi adiknya."
"Abang you ke?" berkerut dahinya mendengar. Jelas kurang percayai Dian Hasya.
"Abang sepupu, kira abang lah."
"Macam tak nampak abang sepupu langsung. Nampak macam singa nak terkam mangsa."
"Dia marah kot, saya sebut fasal tunang dia tadi. By the way, kita boleh tukar tajuk tak. Ataupun kalau you dah kenyang, kita balik cepat. Lagipun..."
"Jom."

Tak sempat ayahnya di habiskan, Amir Hamzah terus meletakkan napkin di atas meja dan terus bangun. 
Dian Hasya mengetap bibir geram. Maaflah nasi ayam, steak yang nampak sedap dan minuman-minuman yang masih banyak berbaki. Mood dah terbang.

Dian Hasya memerhati dari satu sudut, kelihatan Amir Hamzah berbual dengan seseorang. Perhatiannya teralih pada telefon bimbit. Pesanan ringkas dari abang sepupunya muncul.

||Terus balik ofis. Jangan nak merayap pulak.||

Lain macam pula abang Rashidi. Tanpa sengaja mulut di muncungkan.

"Jom."
Terkejut dibuatnya. Muncul dengan tiba-tiba di sisi. Harapnya tidaklah dia baca pesanan ringkas tadi.


*********

Mengantuk dah. Malasnya nak edit bahasa... Tapi Biarlah. Nak jugak publish. Nt I betulkan balik esok.

Geram pulak tgk si Nasuha bulat ni tido.


Wednesday, 2 July 2014

Karya dan Aku

Assalamualaikum. 

Salam ramadhan yang ke 5. Sekejap sahaja masa. Alhamdulillah, berjaya harungi puasa setakat ini. Kena sambung ambil supplement, baru terasa gagah.

Nampak tak tajuk? Tepuk dahi. Xde nak berkarya apa sangat pun. Hari ni nk ckp fsl penulisan. Ummi teringat kata2 ibu kawan ummi yang merupakan seorang peniaga. Dia berniaga makan, dan dalam masa yang sama ada syarikat atau turut sama menerbitkan buku. Allah lbh menyayanginya, dia meninggal dunia baru2 ini. 

Dia pernah bercerita, dia berjumpa dengan ramai orang yang mahu dia mengajar supaya pandai menulis. Menulis atau mengarang novel atau cerpen barangkali. Katanya, menulis ini satu bakat. Dan bakat itu tidak boleh di beli. Tetapi boleh cuba untuk di asah. Seperti ummi, ummi tidaklah terlalu berbakat, tetapi ada minat dalam penulisan. Ku sedar diri tau.
Tetapi ummi minat pada bahasa, tetapi kurang pandai dalam bahasa melayu tinggi. Kalau tahu ada pengajian bahasa melayu tinggi, tak mustahil ummi akan mohon belajar dahulu. Sasterawan aku bakalih. 

Dan arwah selalu mendorong untuk teruskan menulis dan asah bakat. Jika dahulu, memang bersemangat. Beli buku tulis 180m/s semata untuk menulis. Kemudian akan bawa buku ke rumah kawan ummi dan menaip di komputernya. Itu pn setelah di persetujui untuk di published. 

Ada 3 buah buku ummi yang pernah di terbitkan. Ada di kg. Kalau tengok balik, banyak yang mahu diperbetulkan. Segan. 

Menulis cara ummi mungkin tidak sama seperti orang lain. Setiap orang berbeza. Sama seperti dahulu, memang ummi selalu akan memperbetulkan nama watak dan tajuk karya. Biasanya tidak banyak yang di ubah. Kecuali penambahan ayat.

Pulang ke Terengganu selepas tingkatan 6 terus membuatkan karya berjalan perlahan. Kemudian, langsung berhenti untuk tumpuan kepada pelajaran diploma dan ijazah. Semasa zaman diploma, ada seorang Pelajar art n design yang di kesan menjadi penulis novel. Sama batch. Cemburu tetapi ummi kenal diri ummi. Once I start, ummi akan leka. Agak merbahaya untuk org yang nak mengejar pointer high achiever setiap sem. Terbatuk batuk sekejap...poyo benor bunyinya. Terutama kalau kita bkn jenis masuk kelas terus tangkap. Jaga langkah. Bukan tak pernah cuba menulis balik, tp berhenti bila terasa akan leka. Karang surat cinta sahaja lah. Poyo lagi.

Sekarang terjebak kembali. Ummi pun sudah menjadi surirumah. Jadi sekali sekala mencuri masa untuk uji kembali. Nak tahu corak penulisan diri dari diri sendiri. Sekarang kan dah moden. Gunakan kemudahan sahaja.

Baiklah. Itu sahaja. Ketemu lain entry. Babai.




Monday, 30 June 2014

Someone like you - 4

Assalamualaikum.

Tetiba dah part 4. Tetanjat mak. Rajin pulak kau ummi. Oh, nak umumkan, nama watak dah bertukar. Tetiba sahaja. Watak-watak bertambah sebab terbayang my bff lah. Tapi tak delah itu 100% kami. Langsung tidak. Sendiri pun xde pengalaman tersangkut lif. Ini memang sesuka hati sahaja. 
Tajuk juga kebarangkalian untuk ditukar juga ada. Tapi belum masa lagi. Okay, selamat lah yep.

(Update)


Semalam dan Hari ini. 

Part 4

Tik. Tik. Tik. Tik. Tik. Tik. Tik.

"Aduh!". Terperanjat dengan balingan segumpal kertas. Pantas Dian Hasya menjeling pada Ain.
"Kau kenapa Hasya? Mengetuk meja dari tadi. Mengganggu aku nak fokus. Karang bukan kertas aku baling, meja study ni terbang atas kepala engkau."

Mengekek Dian Hasya ketawa. Lucu melihat rakan serumahnya naik berang.

"Ain, kau tau tak."
"Tak tau!"
"Ala dengar lah dulu Ain!"
"Iya! Aku dengarlah ni."
"Semalam kan, masa aku nak balik, aku stuck dalam lif!"
"Serius? Kau selamat tak?"

Giliran dahi Ain menjadi tempat persinggahan sementara segumpal kertas tadi.

"Kalau dah arwah aku tak tercongok depan kau ni ha. Kau balik semalam pun pukul berapa, aku dah tidur dulu. Tak sempat nak bercerita."

Syahida muncul dari dapur membawa sebekas besar keropok. Hantu keropok budak ni seorang.

"Mazda 3 kau yang hantar dia. Tak pasal pagi tadi aku yang kena hantar dia ke ofis kerja. Kenapa kau tak suruh je mamat tu ambil kau?"
"Dia outstation hari ni. Aku pun sebenarnya blur. Bila aku dengan dia selamat keluar dari lif, terus dia offer nak hantar aku balik. Lagipun masa tu aku tak fikir panjang. Menggigil aku nak keluar dari lif. Masa Bomba buka pintu lif, aku separuh pintu dari lantai. Bayangkan kalau aku tengah merangkak keluar lif jatuh? Ya Allah... Nauzubillahiminzaalik. Takutnya!" Dian Hasya meraup mulanya apabila membayangkan. Takut. Sungguh dia takut.
"Kau tersangkut dalam lif dengan mamat mana ni Hasya?"
"Entah. Staff engineering. Dah lah sengal."
"Dia ajak Hasya kahwin, Ain. Kalau aku, nak je. Engineer kot! Orang minyak pula tu. Rugi bukan mak yang sangkut situ nok."

Hasya ketawa gelihati. Mati hidup balik pun dia tak teringin untuk tersangkut di dalam lif lagi.

"Hah? Ajak kau kahwin Hasya? Wah, gila tak romantik. Propose masa di antara hidup dan mati. Dia melutut tak?"
"Kau ni drama queen la Ain. Berani dia melutut, kaki aku sampai dulu ke pipi dia. Aku tengah berzikir selawat bagai dalam hati, boleh dia merapu macam tu. Tapi sebelum aku keluar dari kereta semalam, dia cakap lagi, dia serius apa yang dia cakap dalam lif. Cuma aku cakap dengan dia, ada jodoh ada. Jangan nak berharap."

Syahida ketawa mengekek sambil menepuk pahanya.

"Macam dalam novel lah Hasya."
"Tapi aku sedikit rasa kecewa dengan muka dia bila dia tengok kereta aku. Iyalah, nak dibandingkan dengan kereta dia. Aku pakai Diahatsu antik. Memang jauh panggang dari api."

Walaupun ia kelihatan lama tetapi dia sayang kereta itu. Model Diahatsu Mira L55, versi 3 pintu. Dipercayai model pertama untuk pengeluar siri Mira dan kedua dalam siri Cuore. Ah, kalau dah minat mesti akan ambil tahu semua tu.
Lagi pun dia sudah memakainya sejak zaman akhir diploma lagi. Beberapa kali keluar masuk bengkel. Tidak terkira. Semata-mata mahu melihat kereta itu terus berfungsi. Sayang melihat ia tersadai di garaj papanya. Papanya juga memang menyokong dan membantu dari segi kewangan untuk membaik pulih kereta antik itu. Ada anak yang minat, apa salahnya melabur sedikit.

"Kalau tahu abang sepupu kau agaknya apa reaksi dia."
"Dia nak reaksi apa nya. Buat tak tahu je. Lagipun, tunang dia tak berapa suka abang sepupu aku selalu datang jenguk aku, bawa aku keluar."
"Dia tahu hang syok kat tunang dia la tu. Hahahaha..."
"Itu tak penting. Yang penting abang sepupu aku tak tahu okay!"

Dian Hasya bertuah di anugerahkan dua sahabat ini. Yang selalu bersama ketika senang dan susah. Yang menerima dia seadanya dan tidak bermuka-muka dan tidak berkira. Susah sama susah, senang sama senang. Cubit pada kiri, paha kanan terasa. Di antara mereka memang tiada rahsia.
Lagi pun, Dian Hasya hanya mempunyai seorang sahaja abang. Itu pun nun jauh sana menuntut di Jepun. Jadi pada siapa lagi mahu dikongsikan perasaannya. Pada mama sudah tentu tetapi bila tidak berada di bawah satu bumbung agak susah untuknya. Apabila melibatkan hati dan perasaan dia lebih berhati-hati.  Lebih-lebih lagi orang yang disukainya bukan orang lain, anak saudara mamanya juga.

****

Tekun Dian Hasya menekan-nekan papan kekunci komputer. Sambil sekali sekala mata dan tangannya memerhati dan menyelak helaian kertas yang berjadual. 

"Hasya, lunch." 
"Okay, kak. Sekejap nak save." Hasya bingkas bangun dari duduknya dan mencapai tas tangan coach, hadiah dari mama sempena dia mula masuk bekerja sebagai practical student. 
"Amir tunggu tu." 

Menyeringai Dian Hasya. Berdiri mengeraskan diri. 

"Pergilah, orang dah tunggu." 
"Kak, saya tak nak lah kak. Kalau kak Maria tak ikut, saya tak nak pergi."
"Suami kak datang nak makan sekali hari ni. Pergilah, Amir tu okay. Di jamin oleh lever brother."

Dian Hasya mengeluh. Dia terlupa hari ini hari Rabu. Bercampur rasa segan dan takut untuk turun lif bersama. Tetapi waktu itu ramai orang, jadi mahu tidak mahu dia terpaksa juga pergi. Lapar. Tak sempat makan pagi.

Di dalam lif ada tiga orang lagi yang sama-sama masuk. Mereka berbual-bual termasuk Amir Hamzah. Dian Hasya membatu.

Sebaik sahaja dia mahu keluar terasa bagai di tarik.

"Nak ke mana? Awak ada date dengan saya. Kita ke parking." 

Seriau dia dengan lelaki ini. Sudah lah 4 hari tak nampak muka. Jumpa di pantry pun buat tak nampak. Tiba-tiba nak bawa keluar. Banyak cantik.

"Makan kat sini sudah lah." Dian Hasya cuba keluar lagi sekali. Namun gagal, di tariknya lagi sekali beg sandangnya. Kalau putus beg tu, siap kau Amir Hamzah! Aku nak terajang. Ops...

#######

Wah, kalau dah membuak idea macam macam yang keluar. Tak dapat nak stop. 

Dah lama sangat ni. Bagi rileks dulu. Ummi pn bukan banyak masa sangat. Tapi rasa macam tak sabar sahaja nak sambung. Macam banyak pula kisah dia dengan Amir Hamzah ni.

Someone like you - 3

Assalamualaikum.

My third part. Plot berkembang dengan slow. Ada masa tak nak dah menulis benda macam ni sebab duk fikir "Wei, berangan..." Tapi kalau tak buat pun aku sibuk duk baca novel juga selagi ada.

(Update)
Part 3

Mengimbau

Ruang pejabat hampir lengang. Kak Maria sudah pulang 15 minit lepas. Dian Hasya baru sahaja menutup skrin komputernya selepas berpuas hati dengan tajuk research dan selepas meng'email' proposal kepada Dr. Amalina, supervisor nya. Harapannya semoga Dr. Amalina meluluskan tajuk proposal bagi memudahkan dia untuk ke peringkat seterusnya. Dia mahu segalanya lancar.

Sampai di pintu lif, ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang berbual. Dian Hasya hanya duduk diam di belakang menanti pintu lif terbuka.

"Ayya, saya tertinggal handphone dalam laci la Amir. Kalau lif sudah sampai you turun dulu lah. Kita jumpa dekat coffee house bawah."
"Okay."
"Hai, tak perasan ada orang belakang saya. Amir, you ada teman lor. Saya nak ajak Kimberly join minum jugalah. Dia pun tadi tengah siap mahu turun."
"Suruh dia ambil phone you lah amoi."
"Macam mana mahu ambil. Saya lock orrr." mereka ketawa dan Tiffany terus menghilang.

Sunyi. Pintu lif terbuka untuk membawa penumpang menuruni 20 tingkat. Dian Hasya pura-pura bermain telefon bimbit. Sebenarnya dia menggelabah berada di ruang sempit dengan lelaki yang suka merenungnya dari jauh. Ruang legar kerjanya yang terbuka dan menjadi laluan staff dari department engineering ke pantry memudahkan para pekerja HRM diperhatikan. Ya, dia tahu kebanyakkan staff adalah perempuan. Tahu-tahulah jika berada di jabatan ini adakalanya pakaian mereka begitu menarik perhatian kaum Adam.

"Kenapa lambat balik?"
Nasib baik tak tercampak handphone di tangannya kerana terkejut mendengar sapaan lelaki yang bernama Amir Hamzah. Dian Hasya melihat tag namanya.
"Hantar email pada supervisor."
"Lecturer?"
"Iya."
" Ambil course apa ya?"
"Human Resources."
"Oh I see, patutlah you buat internship di jabatan HR."
Dian Hasya hanya membalas dengan senyum tawar dan kembali merenung handphone. Gugup.

"Allah!!!"

Tidak dipastikan bagaimana telefon bimbit di tangannya tercampak dari tangan dan berderai dan tidak sedar juga bagaimana dia sudah jatuh melutut ke lantai lif. Gelap. Sakit dan terasa ngilu lututnya.

"Kenapa ni?" terketar-ketar suaranya. Lututnya berasa sedikit sakit. Dia cuba untuk bangun. Meraba-raba dalam gelap. Di mana lelaki yang bernama Amir Hamzah?
"Are you okay? I can't see you."

Lif yang terhenti tiba2 menyala. Lampu kecemasan barangkali.

Kelihatan Amir Hamzah dalam keadaan bersedia jika lif jatuh sekali lagi. Tangannya memegang sisi besi dan kaki nya sedikit membengkok. Kedudukan yang baik. Melihatkan Dian Hasya yang masih melutut, segera Amir Hamzah memaut. Membantu untuk bangun. Lega, gadis itu mampu bangun dan berdiri. Telefon bimbit gadis itu diperhati. IPhone 5. Mesti beli pakai duit pinjaman. Pelajar zaman sekarang. Teka hati lelaki itu.

"Allah. My phone!" suara bernada kecewa.
"Boleh call orang tak?" sambungnya bertanya.

Segera Amir Hamzah menekan punat di dinding lif. Cuba menghubungi petugas yang bertugas. Mujur dapat menghubungi petugas keselamatan.
Dalam lega, masih ada rasa cuak. Boleh retak seribu jika lif jatuh dari aras sekarang. Nauzubillahiminzaalik.

"Takut?" soal Amir Hamzah.
"Berani?" soal Dian Hasya sinis. Dalam keadaan begini dia mudah bengang di soal dengan soalan yang mudah di jawab.
"I tanya sahaja, I pun takut sebenarnya. Ini kali kedua I tersangkut dalam lif. Kali pertama I seorang. Kali ini I bersyukur, sebab ada teman. Kalau You tak ada tadi, I seorang lagi kena macam ni."

Boleh tahan banyak mulut juga lelaki di hadapannya ini.

"Kalau macam itu, selepas ini saya tak nak naik lif dengan awak. Nanti jadi lagi macam ni."
"Kalau you tak turun sekali dengan I tadi, you turun seorang diri sahaja tau. Pilih lah, nak turun seorang atau dengan I?"

Mati kutu Dian Hasya. Betul juga katanya. Daripada seorang diri di dalam lif. Itu lagi menyeramkan.

"Dulu masa awak stuck dalam lif, berapa lama ambil masa nak keluar?"
"Almost 2 hours. Harap kali ini lebih cepat. I seram lama-lama, especially dengan you sahaja."

Dian Hasya berkerut dahi. Semacam sahaja lelaki di hadapannya ini. 2 jam sangat lama. Telefon bimbit sudah retak. Apa lagi yang boleh di buat dengan ruang terhad. Saat sebegini buat dia menyesal tidak terus pulang sahaja tadi.

"Kalau lif ni jatuh macam mana?"
"Hish, jangan sebut bukan-bukanlah. InshaaAllah kita akan selamat."
"Tapi 2 jam terlalu lama."

Lelaki itu memandang simpati. Untuk menenangkan orang, hatinya harus ditenangkan dahulu. Sesiapa pun akan takut dengan keadaan sebegini.

"InshaaAllah tak ada apa-apa. Mati itu pasti. Tapi yakinlah usia kita masih panjang."
"Ya Allah, selamatkanlah hamba-hamba Mu."

Tersenyum Amir Hamzah melihat Dian Hasya yang terpejam-pejam berdoa.

"Kalau kita keluar selamat dari sini, I nak kahwin dengan you lah," entah kenapa ayat itu meluncur laju dari mulutnya.

Tergamam Dian Hasya. Terus diperhatikan lelaki itu dari sisi. Adakah dengan insiden lif ini membuatkan lelaki di hadapannya hilang pertimbangan dan menjadi mereng? Ini kali pertama mereka bertegur sapa. Bila manusia tertekan, mereka ini boleh jadi tidak betul barangkali. Kasihan, orangnya agak segak.

"Saya tak nak kahwin dengan orang tua," Dian Hasya mahu sahaja menampar mulut nya. Tua sangat kah Amir Hamzah?
"I baru 32 tahun untuk tahun ini. Mana ada tua."
"Tua lah dari saya."

Topik itu menghilangkan sedikit rasa takut Dian Hasya buat seketika. Kalau yang melamarnya adalah abang Shidi mahu juga dia setuju. Tetapi abang sepupunya itu sudah pun bertunang.

"Ajak I jumpa parents you nanti eh?"

Dian Hasya tidak melayan. Dia tidak mahu memberi harapan. Apatah lagi jiwanya tidak semudah itu untuk di beli. Sedikit pun tidak meninggalkan kesan.

"Diam tanda setuju."
"Awak jangan buat serabut boleh tak. Kita ni antara hidup dan mati ni. Serius sikit!"

Meledak ketawa Amir Hamzah. Too cute. Rasa nak dipicit hidung gadis dihadapannya.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan penyelamat. Aku tak nak lama-lama macam ni. Stress! Stress!"
"Aamiin." ketawa masih bersisa. Sampai hati kau Amir Hamzah.
"You tak nak doa ke, biar ada ustaz kat luar nanti tunggu kita. Boleh nikah terus. Sebab berdua-duaan macam ni."

Memang sakit hati lama-lama macam ni. Sudahlah kali pertama kenal, tetapi usikan melampau seolah-olah kenal sejak kecil. Kalau bukan kerana tergantung pada ketinggian ini, Dian Hasya sudah bagi sidekick. Sangat tidak kelakar untuk dirinya.

"Esok I kena outstation 4 hari. InshaaAllah kalau kita selamat, I nak ajak you lunch sama. You and I sahaja tau. Tak nak ajak Kak Maria."

Dian Hasya lebih senang untuk berdiam diri. Tak boleh di layan sangat. Boleh menyampah nanti. Di dalam hati dia berdoa semoga masa berlalu dengan cepat dan dia terselamat. Hmm, lelaki itu juga turut selamat.

******************

Okay, mengantuk. Slow kan part ni. Kena amik mood baca dr part 1 nampaknya ni untuk part yang seterusnya.

1:55 pagi.
3rd Ramadhan
1 July 14
Cheras

Puasa Kali Ini

Assalamualaikum warahmatullah...

Puasa untuk hari ke3 tetapi belum lagi memasuki fasa bersahur. Selamat berpuasa semua.

Ramadhan kali ini cabarannya adalah di dalam tempoh menyusukan anak. Hari pertama sukses, segar dan bertenaga. Agaknya sebab keluar dr rumah dan dapat berjalan2. Oh, jgn salah faham. Ummi tetap balik rumah untuk masak buat keluarga tersayang. Sukses tetapi sebenarnya ummi dan suami tak bersahur. Terjaga jam 615 pagi. Abi nampak upset. Ummi pening sebab tidur pukul 3pagi. Nasuha ajak bergurau senda. Kesian abi, ummi pn dah siap masak sebenarnya. Tinggal nak panaskan.
Jadi, lauk itu di buat sarapan untuk anak2. Bertambah2 mereka makan. Tambah kali ke3, disekat abi. Xboleh lah kakak. Awak tu dah la gebu gebas. Nasib baik awak tinggi.

Hari ke2, cabarannya getir. Kepeningan melanda. Ummi start masak pun pukul 6 petang. Tapi Alhamdulillah, siap juga sambil dukung si sengih Nasuha. Pelik dia tgk ummi berperang dengan senduk. Suami balik, dia ambil tempat kat dapur dan ummi mandikan anak bongsu.
Dia lah yg tambah itu ini dalam masakan(actually tambah carrot dalam ayam masak merah). Hehehe.
Hidangkan lauk pauk pn abi yang bantu. Bab buat air, ummi tak bagi abi buat. Kopi o panas kalau xkena gaya, xbest. Saya xsuka marah orang, jadi baik sy buat. Hehehe...

Bila masuk bab menyusukan anak, kena tingkatkan usaha untuk pastikan anak selalu cukup dan kenyang. Kalau sebelum puasa, ummi ada ambil supplement tp bila masuk puasa ummi tangguh dlu. Xsmpat nak minum air masak byk2. Jadi ummi teruskan apa yg ummi buat sebelum ni. Minum nestum memang ambil setiap hari. Kemudian ada tips urutan dan selawat dan niat, doa pada Allah minta dicukupkan rezeki buat anak. Ada masa org terlepas pandang perkara ni. Ummi pn ada masa lupa, tp bila ingat, terus buat. InshaaAllah, murah rezeki anak. Lepas tu, buah kurma. Bulan puasa ni rajin sungguh mkn kurma, kalau tidak, pandang sepi sahaja padahal khasiatnya banyak. Hikmah bulan puasa. 

Semoga ibu2 hamil dan menyusukan anak dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. Kalau tak tahan, jangan paksa diri. Allah bagi kelonggaran kan. Manfaatkan untuk anak dan kesihatan diri. Ummi harap dapat bertahan, InshaaAllah. 

Di samping gembira menyambut puasa, jangan di lupa pada mereka yang kehilangan ahli keluarga. Kadang bila teringat, rasa sedih. Ummi pandang suami dan anak2, mereka ini pinjaman yang ada tempoh untuk ummi. Dan ummi juga ada had tempoh untuk terus berkhidmat kepada mereka. Semoga Allah memanjangkan usia kami. Dan semoga kami memanfaatkan waktu yang diberi pinjam ini. 
Allahurabbi. 

Friday, 27 June 2014

RESEPI SEBULAN BERBUKA

Assalamualaikum.

Haaa, sebelum nak celoteh nak beritahu awal-awal, ummi memang tak tahu daripada mana sumber asal dapat resepi lauk pauk ni semua.

Sengaja letak dalam blog sebab senang ummi nk tengok balik. Kalau nak gali balik dalam whatsapp alamatnya memang jenuh lah ummi.

Tq pada kawan yg share, ridhuan panjang. Rasanya sebelum tu ada lagi sorang kwn yg share tapi lupa dah siapa. Mu ke murni? Hehehe...

Apa pun, untuk yang susah payah collect resepi ni, jazakumullahu khairan khatira.

Ummi pun tak tenung lagi resepi ni. Marilah kita sama-sama ya.


RESEPI SEBULAN BERBUKA TAK PAYAH PENING-PENING

Menu:
1. Ayam Panggang Bermadu
2. Udang Masak Serai Wangi
3. Ikan Siakap Kukus
4. Ikan Masak Berlada
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
7. Pajeri Nenas
8. Mee Hailam
9. Ketam Bertelur
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir)
12. Ikan Tiga Rasa
13. Ikan Pari Lemas!!!!
14. Tandoori Kurau
15. Tom Yam
16. Nasi Ayam Hakka
17. Mee Rebus
18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
19. Ayam Golek Seri Pahang
20. Kari Kepala Ikan
21. Black Pepper Steak
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
24. Soto Ayam
25. Nasi Paprik
26. Nasi Dagang
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
28. Gulai nenas ikan kering orang utara
29. Ayam Bercili masak ketumbar
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
________________________________________
Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan:
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
atas
________________________________________
Udang Masak Serai Wangi
Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.
atas
________________________________________
Ikan Siakap Kukus
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang besar - dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
atas
________________________________________
Ikan Masak Berlada
Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.
atas
________________________________________
Ikan Kerapu Masak Asam Manis
Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
atas
________________________________________
Ayam Masak Cendawan Ala Cina
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram
Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
atas
________________________________________
Pajeri Nenas
Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air
Cara memasak:
1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
atas
________________________________________
Mee Hailam
Bahan-bahan:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
5. Masukkan sayur2 an dan mee.
atas
________________________________________
Ketam Bertelur
Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar
Cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.
atas
________________________________________
Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
Bahan -bahan:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram
Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.
atas
________________________________________
Nehari (Kari Kambing Kashmir)
Bahan-bahan:
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak Vesawit untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.
atas
________________________________________
Ikan Tiga Rasa
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia
2 biji tomato (agak masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar
Cara memasak:
1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4. Tuang atas ikan
atas
________________________________________
Ikan Pari Lemas!!!!
Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
- di basuh bersih
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)
Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
Bahan C:
10 biji limau kasturi
Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit
atas
________________________________________
Tandoori Kurau
Bahan-bahan:
3 keping ikan kurau
1 biji liamu purut
1 sudu besar halia (dicincang halus)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
5 sudu besar yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan halus
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi
Cara:
1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
4. Hidangkan bersama roti atau nasi.
atas
________________________________________
Tom Yam
Bahan-bahan:
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
Daging - 250 gm (dipotong kecil)
Udang - terpulang pada tukang masak
Bahan A –
Blenderkan Halia
3 inci Bawang merah
6 ulas Cili api
20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah)
Bahan-bahan lain
Minyak masak - 1/5 cawan
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
Lobak merah - 2 btg (dipotong)
Bunga kubis - 150 gram
Putik jagung - 2 bungkus
Tomato - 3 biji (potong 4)
Bawang besar - 3 biji (potong 4)
Daun limau purut - 3 atau 4 helai
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam
Bahan perasa - jika berminat
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati).
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.....
atas
________________________________________
Nasi Ayam Hakka
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih
Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
atas
________________________________________
Mee Rebus
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....
atas
________________________________________
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas
________________________________________
Ayam Golek Seri Pahang
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman,
atas
________________________________________
Kari Kepala Ikan
Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
atas
________________________________________
Black Pepper Steak
Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.
Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.
atas
________________________________________
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas
________________________________________
Asam Pedas Tumis (Melaka)
Bahan-bahan:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika suka.
Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...
atas
________________________________________
Soto Ayam
Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B
10 bijik bawang merah
Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan c
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula
Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .
atas
________________________________________
NASI PAPRIK
Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
atas
________________________________________
Nasi Dagang
Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam periuk
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
Masukkan santan pekat dan asam gelugor
Bila mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja
Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
atas
________________________________________
Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
atas
________________________________________
Gulai nenas ikan kering orang utara
Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis
Cara memasak :
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.
atas
________________________________________
Ayam Bercili masak ketumbar
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping
Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan
atas
________________________________________
Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..
Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

www.[truncated by WhatsApp]

Monday, 23 June 2014

Someone like you - 2

Assalamualaikum.

Halala, dah nombor dua. Sudah mula nampak corak penceritaan dan susunan. 
Maaflah, ummi tak ada geng nak tolong edit bahasa dan tolong checkkan grammar I yang tunggang terbalik ni. Janji org faham English I okay la kan. 

Banyak juga halangan dalam nak membikin penulisan. Cik abang ummi tak tahu yang ummi dah terjebak balik dengan hobi lama ni. Tapi ummi tahu, dia okay je sebab dulu pernah dia sokong kalau ummi nak mula balik menulis. Tapi masa tu masih bekerja dan anak ada seorang. Sekarang ni masa terhad. Bila ummi mengadap hp lama2 abi bising juga sebab pukul 1 pagi pun dengan hp. 
Mana tidaknya, anak sekejap2 bangun. Jadi bila dia dah tidur, mata ummi dah keras balik. Sambung tulis sikit. Buat sikit-sikit. Sekali kena bebel. 

Hehe...I know you syg I xnak I pula yg flat nanti nak jaga anak. I sayang you juga tau. <---suka buat karangan mcm ni dengan dia. Kalau depan2 siap kena cekik cekik je. Sweet je abi. Hehehe...

Okaylah. Sila lah menjamu mata lagi. Maaf atas kekurangan. Ummi cuba untuk improve dari masa ke masa selagi kerajinan itu ada.

(Update)

2

Memiliki nama yang menunjukkan rumpun nya, bukanlah sesuatu yang menjadi kebanggaan Dian Hasya untuk dia menjaja. Sebolehnya mahu disorokkan melainkan untuk perkara formal. Selain itu, cukuplah dikenali dengan nama Dian Hasya. Dia sudah penat dengan manusia yang suka bermuka - muka. Nanti habis dikorek susur galur keturunannya. Sesuatu yang amat tidak disenangi.

Kedudukan hotel di tengah bandaraya Melaka ini tidaklah membosankan. Cahaya lampu dari luar membolehkan dia melihat aktiviti malam Bandar sejarah ini. Indah.

Mama dan papanya belum lagi pulang dari berkunjung ke rumah sahabat mereka di sini. Rasanya pasti mama dan papa melencong ke tempat lain. Bukan dia tidak kenal orang tuanya. Suka menjelajah dan mencuba bersama-sama. Sengaja Dian Hasya tidak mahu mengikut. Lebih senang dan tenang untuk dia berehat. Peristiwa menghadiri majlis perkahwinan Amir Hamzah ada kala mengundang rama-rama berterbangan di dalam perutnya. Malam ini malam mereka. Arghhh.... Dian Hasya mencampakkan pencil hotel ke dinding. Kenapa berfikir demikian. Dian Hasya bingkas bangun dari sisi katil. Bilik hotel yg besar ini terasa kecil. Masuk ke bilik mama dan papa, Sah, belum pulang. Berlegar - legar di dapur mini. Duduk di hadapan TV. Dan kembali ke biliknya. Ditariknya nafas sedalam mungkin. Amir Hamzah, aku sepatutnya melepaskan engkau sepenuhnya.

Deringan telefon mematikan lamunan. Mama la tu.

"Bila nak balik maaa?" soalnya sambil menepuk bantal di atas riba.
"Sya..."

Dian Hasya kembali melihat nombor di skrin telefon. Nombor asing. Siapa?

"Yes? Who's this?"
"Takkan you pura-pura tak kenal I?"

Tak ada yang memanggilnya dengan panggilan sebegitu melainkan lelaki itu seorang. Dia suami orang Dian Hasya. Tolong beringat.

"Oh, macam kenal. Amir ke?"
"Sihat?"
"I'm okay."
"Sya..."
"Jangan panggil I macam tu lagi boleh?" malang, kata2 itu tersekat di kerongkong sahaja.
"I surprise jumpa you tadi. You sengaja datang ke? Mama I marahkan I."

Ah sudah. Apa pula motif suami orang call anak dara orang malam-malam. Dian Hasya tetap membatu.

"Dia terkejut dan marahkan I sebab I careless fasal siapa family you and your name."
"Oh, come on Amir. Is that because of Tengku? Actually it was coincidence. I have no idea that majlis was your wedding." ujar Dian Hasya sebal namun cuba disembunyikan.
"Mama I, papa and mama you satu universiti di UK. That was what she's talking on the phone maghrib tadi. Dia menyesal sebab tak tahu you anak kawan baik dia. Your mom and dad banyak tolong dia semasa belajar dahulu. She's upset. Dia menyesal tak kenal you."
"it's okay Amir. Kirim salam to your mom and tell her nothing to worry. Mama dan papa I tak tahu apa-apa. I pun dah mengantuk ni. Tak nak ganggu malam pengantin you. Sweet dream Amir."
"Sya, hold on. My wife on-call. I nak bersembang lagi dengan you." dalam diam Dian Hasya serkap jarang, isterinya bekerja di Melaka, tak dapat cuti kahwin atau cuti dah habis, atau staff tak cukup? Mesti bengang kena on-call. Atau ada yang tak suka dia dan kena panggil masuk kerja selepas majlis. Nakal Hasya membuat andaian.

"Maaflah Amir. Kalau you nak cakap perkara yang lepas, I nak you tahu, I dah lama maafkan dan lupakan apa yang dah jadi."
"I miss you Sya. I banyak kali cuba untuk call you tapi I tak ada kekuatan."
"For the god sake, Amir, selepas kahwin baru you kuat nak call I? Oh come on." Hasya ketawa. Ikhlas dan tidak di buat-buat.
"Sya." suaranya seolah merayu untuk disimpati.
"Macam ni lah Amir Hamzah. I ni, bukan Dian Hasya yang dulu tau. Apa yang berlaku, jadi pengajaran untuk I. I pun tak ada rasa apa-apa. Kita teruskan sahaja kehidupan kita sekarang. I pun tak nak bercakap lama-lama macam ni. Kita ada batas pergaulan, baik dihadapan atau ditalian. Kita bukan muhrim. Kena ingat tu. Lagipun you ada isteri yang you kena jaga hati dia."
"Jadi ke you buka butik lps graduate?" percubaan menukar topik.
"Amir, kalau you cuba nak siasat apa pekerjaan I, lupakan sahaja. Dan lupakan sahaja niat you utk cari di mana I bekerja dan buat apa!" tegas.
"you've changed Sya. You buat I rasa lebih suka you even more."
"Amir Hamzah. You baru jumpa I tadi selepas setahun lebih. You tak kenal I dah."
"You jauh lebih cantik dari dulu. Dulu cantik, sekarang lebih cantik."
"Assalamualaikum Amir Hamzah. Stop calling me Sya, dan jangan berani nak cari I." okay, over pula aku perasan dia akan cari aku. Tapi tak salah berkata begitu.

Sempat dia mendengar tawa Amir Hamzah dan percubaannya untuk meneruskan perbualan namun jari halusnya pantas menekan paparan off. Jangan cetuskan kegilaan Amir Hamzah.

******

Dua tahun dahulu, mereka pernah bekerja di bawah satu bumbung di sebuah syarikat kejuruteraan. Bezanya, Dian Hasya berada di dalam jabatan pentadbiran dan banyak melakukan urusan dokumen. Sesekali di ajak menyertai mesyuarat bersama staff, dan di situ dia perasan kewujudan lelaki itu.

Pada mulanya Dian Hasya hanya berada di dalam dunianya dan kurang bergaul, sehinggalah kejadian tersangkut di dalam lif berlaku. Terapung di udara dengan berada pada ketinggian bangunan 9 tingkat selama hampir 2 jam pengalaman yang terlalu menakutkan. Dia bersumpah untuk tidak akan bekerja di bangunan-bangunan tinggi. Serik.
Kerana itu, selepas segalanya selesai baik urusan pengajian dan urusan hubungannya dengan Amir Hamzah tamat, dia berbuat keputusan untuk melakukan perniagaan sendiri. Namun ia tidak dapat dilakukan bersama, kerana kisah mereka tamat sebelum Dian Hasya menamatkan pengajiannya.


#######

Kelaparan ummi di buatnya. Adalah juga buat editing sendiri tapi tak sama sendiri buat dengan orang lain yg editkan. Inilah namanya edit syok sendiri. Hehehe...
Nanti akan ada plot2 dramatic dalam lif. Akan muncul watak2 baru, dan si Amir ni pun akan muncul lagi dan lagi. Cuma tak pasti nak hidupkan secara aktif atau tidak watak isteri si Amir ni. Nanti lah fikir.