Thursday, 28 November 2013

Sekian Lama Sunyi

Assalamualaikum.

Lamanya tak berupdate sesawang ini. Berhabuk sudah. last berupdate hari Jumaat tahun lepas pada Bulan yang sama. maknanya dah setahun Ummi tak mengapa-apakan blog ini. Nak mengadap pc bukan senang. Lebih banyak melalui hp. Tapi nak ber blog dengan hp pun ada had.

Setahun berlalu, rutin masih seperti biasa. Membesarkan anak2 dan gembira nak beritahu akan menambah ahli keluarga InshaAllah bulan 2 2014. MashaAllah. Bertambah rezeki keluarga. Allahurabbi.

Gambar family semasa majlis tunang adik Ummi

Time to say good bye


Masa ni family dah nak bergerak balik ke Terengganu dan singgah ke Pahang untuk hantar mak saudara Ummi. Seronok sangat mak anjang dtg, dapat bawa dia jalan2, dapat rasa air tangan masakan kampung. Ma siap cakap lagi, mak anjang mmg terer lauk2 kampung. Tapi segan la pula, takkan tetamu nak masak utk kita....sebenarnya mmg ummi tak kedapur sangat pun bila ada nekma dan mak anjang. Mereka lagi suka ke dapur. Kita pun lagi suka dpt makan masakan mak. Sesuatu yang jarang utk dinikmati bila jadi anak perantau~

Tahun ini banyak peristiwa penting berlaku dalam keluarga. Baik keluarga besar sebelah Ummi mahupun Abi. Tak semua perkara dapat kita kongsi dalam ruang FB dan di ruang ini. Cuma banyak berdoa pada Allah semoga diberikan rahmat dan kasih sayangNya pada semua. Semoga semua bersabar dengan ujian dari Allah. Segala kesabaran dan kekuatan tu pemberian dr Dia. 

InshaAllah bersambung di lain entri.