Assalamualaikum.
Dah nak akhir tahun baru nak share gambar semasa jalan2 ke Blue Coral dekat Menara Kuala Lumpur. Itu pun pergi masa beberapa hari sebelum nak berpuasa. Masa ni berat badan konon dah makin susut padahal tanpa sedar dah pregnant pun masa ni (tapi tak tahu pun).
Seronok dapat bawa anak2 jalan2, sebab susah juga nak bawa keluar macam ni. Abi pun bukan selalu ada masa nk keluar lama2. Ini pun kebetulan dah lama sangat peram tiket beli kat Groupon. Damia mmg excited, Yusuf pun seronok juga.
Anak2, Ummi dan Abi masa kecik2 membesar tepi pantai. Ummi rasa, masa Ummi kecil dulu mewahnya dengan makanan laut. Tengahari, tunggu Nyang(tokki Ummi) dengan pakcik2 dan abah balik dr laut, atau memukat tepi pantai. Biasa ada sotong hantu, ikan2 segar, tak pun ketam dan kalau musim udang jangan cakap lah...pesta rasanya. Kadang2 pakcik Ummi hidupkan api, ummi dan sepupu cari kayu nak hidupkan api semata2 nak bakar sotong, ikan, udang... Nikmatnya masa tu. Tahu seronok je. Tak kisah pun kulit hangus rentung sebab matahari. terasa pedih kulit sebab berjemur tapi pada Ummi, biasa lah tu. Bukan tak boleh cerah balik.
Cuma sayang, tak ada gambar nak dikenang, dalam ingatan saja semua tu.
Ok Damia. U spoil the pict yaa
Buah hati pengarang jantung
Style lah adik. Tengok gambar ni glekek Ummi duk suka-ang.
Ini kalau dapat ni sedap ni. Tapi jarang lah nak dapat. Dalam ingatan pernah tengok sekali je Tokki Ummi bawa balik ke darat
Kesayanganku
MasyaAllah, cantiknya. Batu karang ni memang yang real punya.
Macam pengembaraan singkat rasanya.
Bila memandang, hati menjadi tenang. Kalau dapat discovery channel fasal laut, memang mengadap berjam-jam. Pengaruh atuk barangkali. hehe
Siapa pernah makan belangkas? Rasa apa ya? Makanan eksotik ni kan? Adik Ummi mesti berani cuba punya.
My sayang-sayang yang macam2 ragam
Cantik. Ikan lagi awal pakai color blok. Korang baru sekarang pakai?
Class ko jah!
Gamat. Wohoho...
Besar.
Besar ya amat ikan ni. Lupa dah spesis apa. Memang rare.
Famili foto.
Cantik
Haa, ini kalau tour guide tu tak beritahu, Ummi ingatkan apa benda lah ni. Rupanya ni benda hidup.
Ibaratkan spesis ni adalah dbkl dalam akuarium. Tengok mcm mana dia gerakkan sesungut dia masuk dalam 'mulut' dia. Dah ku terbayang cerita Arale, yang kalau nak makan tu dia kena duduk atas makanan tu.
tak sanggup nak stori lebih-lebih. Korang layan je gambar spesis ni.
MasyaAllah, xtau berapa lama Ummi duk tenung. Sangat cantik. Gemalai.
Ikan buntal ee? Gigi tajam ni. Pakcik Ummi pernah bagi ikan buntal sesat dlm pukat, gigit buluh.
Pecah buluh tu. Nak rasa, hulur la tangan.
Ummi berani pegang yg anak je, kalau dah besar bantal, menangis la kau.
Goreng pon sodap
Coral.
Cantik kan.
Ikan berbagai warna. Ini baru sikit. Laut Allah tu lagi luas.
Ini baru kat dalam Blue Coral. Tempat dia tak lah besar sangat, Ummi rasa kalau ke Akuaria tu lagi besar. Masa beli pakej ni, sekali dengan melawat Bird Park. Mcm2 ada, ular, kura-kura, siamang, tikus, spesis2 burung. Untuk bawa anak2 aktif mcm Damia Yusuf memang senang nak jaga kalau dorang berlari ke sana sini.
Tapi gambar2 di Bird Park tu, nanti lah. Mcm xbanyak sangat amik sebab Ummi seram. Ehehehe...
Sampai ketemu lagi. Daaa...