Assalamualaikum...
Tak boleh lelap mata. Antara nak sambung atau tidak cerita ini... Aku pilih untuk sambung. Kena habiskan juga untuk aku tutup tirai berhenti menulis dan buat perkara yang lebih afdhal lagi. Bagi chance lah kat makcik ni selesaikan niat utk lengkapkan story dia. Dah 14 tahun berlalu ni...
Makcik nak fokus pada sesuatu yang baru dah. Makcik nak grow up dan guna bahasa yang sesuai dgn diri makcik. Bahasa berangan ni sesekali sahaja boleh muncul. Malam(pagi buta) ini dia mahu mampir jadi beri ruang dia nak berkarya sukahati sebelum persediaan menyiapkan sesuatu yang lebih serius...
izinkan malam(pagi buta) ini ummi bertukar gaya bahasa.
Bila ku baca chapter sebelum ini(6), terasa macam...Biar betul aku tulis macam ni? Mood aku macam mana?
*************
Some one like you-7
Baru sahaja ingin membuka pintu pagar rumah, telefon bimbitnya berdering. Siapa pula unknown ni?
"Hasya, masuk rumah dulu baru jawab call tu. Abang balik dulu ya."
"Ok. Take care."
Dibiarkan sahaja deringan itu mati sendiri. Perhitungan dengan 2 sahabatnya itu lebih penting.
"Elok lah komen mcm tu dalam facebook aku. Saja nak kenakan aku."
"Amboi, masuk rumah salam tak ada tiba-tiba marah."
"mau tak marah, aku malas nak berjawab dengan mama dan abang aku tu. Buat kalau mereka tu suka stalk Facebook aku, mau kena soal siasat keluar dengan siapa. Aku malas tau walaupun orang tu hanya abang Shidi."
"Ala, bukannya aku cakap kau keluar dengan siapa-siapa. Jangan risaulah. Kami cover baik punya."
Deringan telefon mula berbunyi lagi.
"Baru jumpa sudah rindu-rinduan."
"Kau dua orang memang suka kan tengok aku menggelupur nak marah kan? Kan?"
Ain dan Syahida ketawa mengekek. Rakus mengunyah keropok keping Pantai Timur. Krup krap krup krap. Menyampah betul bila mereka tiba-tiba sepakat nak mengenakan aku. Muka mereka kembali fokus pada menonton siri Korea di hadapan. Hantu Korea!
"Hello."
"Hai."
Dahi berkerut.
"Assalamualaikum!" Nada perli Dian Hasya jelas kedengaran.
"Waiting for my call?"
Gulp. Umpama menelan batu. Tersekat di kerongkong. Terasa mahu batuk. Langsung terlupa janji siang tadi.
"Sya?"
"Ya, ada apa Amir? Saya mengantuk ni."
"You kat mana?"
"Kat rumah lah."
"I thought you're at somewhere..."
"Haih...sejak bila pasang spy datang rumah?"
"Tak ada lah. Tak ada sampai tahap macam tu."
"Kenapa call? Kat ofis tak boleh cakap? Oh lupa, standard berbeza."
"Apa yang berbeza? Hmm, anyway...I nak minta maaf fasal lunch tadi. I'm so sorry. I tak patut treat you macam tu."
"Eh, it's ok lah En.Amir. Tak perlu minta maaf. Lagipun saya faham, kalau nasi nasi tu semua milik saya, memang saya dah dapat telan dah semua tu sekalipun awak paksa sy balik atau awak heret saya sekalipun. Nasi tu rezeki makhluk lain kot, bukan makhluk macam saya."
"Hahaha... you ni kelakarlah Hasya!"
Dian Hasya menepuk dahinya. Tak faham ke lelaki ini atau pura-pura mahu mengkelakarkan ayat aku?
"I suka you."
"Thanks," malas mahu melayan. Hati dia sudah tawar.
"So, next lunch sebagai tanda maaf?"
"Asalkan saya yang pilih lokasi. Then I will say Yes."
"Of course my princess."
Yarkkhh!
"Oklah En.Amir Hamzah. Saya pun bukannya monyet nak bergayut lama2 ni. Panas dah telinga saya. Apa2 awak text sahajalah ya. Kalau saya rasa penting, saya balas lah."
Malas. Malas. Mood sudah ke laut. Hati sudah tawar. Maaf Amir Hamzah. Aku nampak abang Rashidi pula. Hahahaha...sorry lah ya.
"Ok, Hasya. Sweet dream. Mimpi saya lebih baik." Klik.
Tanpa mendengar ayat seterusnya talian dimatikannya kasar.
Dian Hasya membaling handphonenya ke bantal. Sebenarnya dia lebih suka untuk tidak melayan perbualan seperti itu. Lebih baik berkawan dan berlagak dingin walaupun keadaan sebaliknya. Berlemah lembut, gaya gemalai bukan tidak mampu, serasa dia, itu memang kepakaran semua wanita tetapi pada dia, reaksi sebegitu bukan untuk semua. Itu hak eksklusif buat lelaki yang bergelar suami. Pesan Bondanya akan selalu diingati. Berkawanlah, tetapi berpada-padalah. Bonda percaya pada dirinya, jadi amanahlah dengan kepercayaan yang Bonda berikan. Sekali dihancurkan, Bonda tidak akan lagi mempercayainya lagi.
Hati lebih tenang. Tiada apa yang mengganggu fikirannya. Esok mahu lunch lagi ya? Siang tadi kau bawa aku masuk tempat elit kan? Esok kau siap Amir Hamzah. Aku jemput mak jemah dua orang tu sekali bagi surprise. Tiada makan berdua esok hari. Tersengih penuh makna...(tingggg! Gigi bercahaya).
********REHAT*********
Bila lah boleh selesai. By chapter 10 kita selesaikan semua boleh?
Crowd: "boleh!!!" (Perasan kan).
Wassalam.
Ok ummi is back. tak boleh terlalu fikir cerita verangan semacam ini.
Kalaulah berbakat menulis sesuatu yang berilmiah kan best... InshaAllah in the future. Senyum sokmo.