Hi there! its been a while i am keep on silent to write any entry in my blog. Be a full~time housewife is not an ordinary task given to an ordinary woman, its need an extra ordinary energy to become an extra ordinary woman. Do you get what i mean? In a simply word, it is challenging...trust me!
Both my babies... Damia dan Yusuf, loves to keep the things everywhere. Maksud Ummi dalam makna yang lain, sepahkan barang. Kalau dahulu Ummi bekerja dan manage Damia seorang pun quite letih juga, tapi bila muncul anak yang soleh ni seorang maka bertambah lah geng Damia untuk berganding bahu dalam usaha memindahkan barang dan menyusun kembali barang2. I am wondering how its gonna be happened when Yusuf's learn his first step. Ayya yaaiii...
Gambar ini sewaktu Ummi nak discharge dari Hospital Pakar Annur, Bangi. Yusuf tak boleh discharge lagi masa ni. Masa ni Ummi tak tahu Allah ada plan terbaik untuk Ummi selepas melahirkan anak kedua, dapat menjaga anak2 dengan sepenuhnya. Thank you Allah.
Daily routine sekarang ni bila dah fully di rumah agak terkawal. Kalau awal2 duduk di rumah macam kelam kabut juga lah. Sekarang, bangun pagi selepas Subuh, Ummi dah tahu apa nak buat. Pagi tadi bangun dengan rajinnya masakkan bihun goreng. Abi tanya satu soalan pada Ummi, "Ummi, Abi ada satu soalan untuk Ummi. Ummi letak aji tak dalam bihun?"
Amboi soalan my dear husband~ "Tak, kenapa? Sedap." Hahahaha, Ummi selalu suka perasan dan suka tanya sedap atau tidak. Setakat ini kalau sedap, bersungguh2 Abi akan cakap sedap tapi kalau ada yang tak kena, dia akan tanya apa yang terlebih dan terkurang...of course lah tukang masak tahu apa silap dia and admit lah salah apa. Kadang2 bnda paling simple pn boleh buat silap cth: buat sup ayam, tlbh ltak cinnamon pun mmg ketara akn jadi kurang sedap. Tak apa, Ummi belajar.
Kalau ikutkan, bila weekends Ummi punya kemalasan sangat dan teramat terserlah. Namun(wah, ayat skema tak boleh blah), bila kita dah terbiasa memasak hari-hari kita rasa makan di luar sangatlah tidak best. Ummi tak suka lunch di luar. Seriously sangat tak suka. Macam tengahari tadi Ummi punya malas Nauzubillah, tapi last2 siap juga ikan cencaru sumbat dan air asam. Abi ajak mkn luar pun rasa berat hati. Ummi kenal diri Ummi, Ummi punya malas ni masa sebelum start masak sahaja. Once bila Ummi dah start potong bawang and so on, malas tu dah terbang tapi excited tentang perjalanan nk menyedapkan lauk. Selagi tak sampai gred yang diluluskan, selagi itulah keje Ummi meng alter rasa dengan macam2. Kadang2 suka juga untuk bereksperimen rasa dengan mencuba resepi dan Ummi akan olah ikut sesuka hati nurani ku.
Rasa puas tu muncul apabila tengok Damia menambah nasi. Terasa macam berbaloi2 dan penat berdiri memasak tu hilang ditiup angin(hoh, madah). Yusuf plak sekarang dah pandai makan, hari2 dengan biskut marries dan nestum. Kali ni Ummi banyak bg adik makan nestum daripada mkn nasi. Tapi ada masa cuba juga untuk buatkan dia mkn bubur, dan Yusuf makan banyak betul. Itu lagi satu yang sokmo buat Ummi perasan Ummi masak bubur Yusuf sedap (padahal tawar n rasa manis sayur sahaja).
Esok pagi, inshaAllah kalau Abi istiqomah dengan puasa maka Ummi akan goreng nugget sahaja dan masak lunch dengan cepat sekali (hahaha, bila malas nk makan berat pagi kadang2 Ummi goreng jemput udang baghing a.k.a udang yg halus tu). Untuk menu berbuka puasa Abi, Ummi ingat nak buat sambal bilis terung pipit dan kari ikan. Plan itu harus supaya kerja Ummi esok lancar.
Okay, cukup sampai di sini. Dah 3pagi. Tadi dah tertidur tapi terjaga seketika maka ku ambil peluang untuk mencoreng di blog yang sepi ni. Harap dapat aktif kembali. Nak story mori fasal macam2. Lalalala...
penutup, gambar yusuf sewaktu dalam pantang~
Nanti lah Ummi letak gambar personal Yusuf. Gambar ni di ambil sebelum balik terengganu. Ateq datang naik bas. Damia yang dah lama tak jumpa ateq ingatkan akan nangis2 macam dulu2 tapi rupa2nya bangun tidur terus duduk atas riba dengan muka excited. Sweet je.
::Wassalam::
No comments:
Post a Comment