Monday, 30 June 2014

Someone like you - 3

Assalamualaikum.

My third part. Plot berkembang dengan slow. Ada masa tak nak dah menulis benda macam ni sebab duk fikir "Wei, berangan..." Tapi kalau tak buat pun aku sibuk duk baca novel juga selagi ada.

(Update)
Part 3

Mengimbau

Ruang pejabat hampir lengang. Kak Maria sudah pulang 15 minit lepas. Dian Hasya baru sahaja menutup skrin komputernya selepas berpuas hati dengan tajuk research dan selepas meng'email' proposal kepada Dr. Amalina, supervisor nya. Harapannya semoga Dr. Amalina meluluskan tajuk proposal bagi memudahkan dia untuk ke peringkat seterusnya. Dia mahu segalanya lancar.

Sampai di pintu lif, ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang berbual. Dian Hasya hanya duduk diam di belakang menanti pintu lif terbuka.

"Ayya, saya tertinggal handphone dalam laci la Amir. Kalau lif sudah sampai you turun dulu lah. Kita jumpa dekat coffee house bawah."
"Okay."
"Hai, tak perasan ada orang belakang saya. Amir, you ada teman lor. Saya nak ajak Kimberly join minum jugalah. Dia pun tadi tengah siap mahu turun."
"Suruh dia ambil phone you lah amoi."
"Macam mana mahu ambil. Saya lock orrr." mereka ketawa dan Tiffany terus menghilang.

Sunyi. Pintu lif terbuka untuk membawa penumpang menuruni 20 tingkat. Dian Hasya pura-pura bermain telefon bimbit. Sebenarnya dia menggelabah berada di ruang sempit dengan lelaki yang suka merenungnya dari jauh. Ruang legar kerjanya yang terbuka dan menjadi laluan staff dari department engineering ke pantry memudahkan para pekerja HRM diperhatikan. Ya, dia tahu kebanyakkan staff adalah perempuan. Tahu-tahulah jika berada di jabatan ini adakalanya pakaian mereka begitu menarik perhatian kaum Adam.

"Kenapa lambat balik?"
Nasib baik tak tercampak handphone di tangannya kerana terkejut mendengar sapaan lelaki yang bernama Amir Hamzah. Dian Hasya melihat tag namanya.
"Hantar email pada supervisor."
"Lecturer?"
"Iya."
" Ambil course apa ya?"
"Human Resources."
"Oh I see, patutlah you buat internship di jabatan HR."
Dian Hasya hanya membalas dengan senyum tawar dan kembali merenung handphone. Gugup.

"Allah!!!"

Tidak dipastikan bagaimana telefon bimbit di tangannya tercampak dari tangan dan berderai dan tidak sedar juga bagaimana dia sudah jatuh melutut ke lantai lif. Gelap. Sakit dan terasa ngilu lututnya.

"Kenapa ni?" terketar-ketar suaranya. Lututnya berasa sedikit sakit. Dia cuba untuk bangun. Meraba-raba dalam gelap. Di mana lelaki yang bernama Amir Hamzah?
"Are you okay? I can't see you."

Lif yang terhenti tiba2 menyala. Lampu kecemasan barangkali.

Kelihatan Amir Hamzah dalam keadaan bersedia jika lif jatuh sekali lagi. Tangannya memegang sisi besi dan kaki nya sedikit membengkok. Kedudukan yang baik. Melihatkan Dian Hasya yang masih melutut, segera Amir Hamzah memaut. Membantu untuk bangun. Lega, gadis itu mampu bangun dan berdiri. Telefon bimbit gadis itu diperhati. IPhone 5. Mesti beli pakai duit pinjaman. Pelajar zaman sekarang. Teka hati lelaki itu.

"Allah. My phone!" suara bernada kecewa.
"Boleh call orang tak?" sambungnya bertanya.

Segera Amir Hamzah menekan punat di dinding lif. Cuba menghubungi petugas yang bertugas. Mujur dapat menghubungi petugas keselamatan.
Dalam lega, masih ada rasa cuak. Boleh retak seribu jika lif jatuh dari aras sekarang. Nauzubillahiminzaalik.

"Takut?" soal Amir Hamzah.
"Berani?" soal Dian Hasya sinis. Dalam keadaan begini dia mudah bengang di soal dengan soalan yang mudah di jawab.
"I tanya sahaja, I pun takut sebenarnya. Ini kali kedua I tersangkut dalam lif. Kali pertama I seorang. Kali ini I bersyukur, sebab ada teman. Kalau You tak ada tadi, I seorang lagi kena macam ni."

Boleh tahan banyak mulut juga lelaki di hadapannya ini.

"Kalau macam itu, selepas ini saya tak nak naik lif dengan awak. Nanti jadi lagi macam ni."
"Kalau you tak turun sekali dengan I tadi, you turun seorang diri sahaja tau. Pilih lah, nak turun seorang atau dengan I?"

Mati kutu Dian Hasya. Betul juga katanya. Daripada seorang diri di dalam lif. Itu lagi menyeramkan.

"Dulu masa awak stuck dalam lif, berapa lama ambil masa nak keluar?"
"Almost 2 hours. Harap kali ini lebih cepat. I seram lama-lama, especially dengan you sahaja."

Dian Hasya berkerut dahi. Semacam sahaja lelaki di hadapannya ini. 2 jam sangat lama. Telefon bimbit sudah retak. Apa lagi yang boleh di buat dengan ruang terhad. Saat sebegini buat dia menyesal tidak terus pulang sahaja tadi.

"Kalau lif ni jatuh macam mana?"
"Hish, jangan sebut bukan-bukanlah. InshaaAllah kita akan selamat."
"Tapi 2 jam terlalu lama."

Lelaki itu memandang simpati. Untuk menenangkan orang, hatinya harus ditenangkan dahulu. Sesiapa pun akan takut dengan keadaan sebegini.

"InshaaAllah tak ada apa-apa. Mati itu pasti. Tapi yakinlah usia kita masih panjang."
"Ya Allah, selamatkanlah hamba-hamba Mu."

Tersenyum Amir Hamzah melihat Dian Hasya yang terpejam-pejam berdoa.

"Kalau kita keluar selamat dari sini, I nak kahwin dengan you lah," entah kenapa ayat itu meluncur laju dari mulutnya.

Tergamam Dian Hasya. Terus diperhatikan lelaki itu dari sisi. Adakah dengan insiden lif ini membuatkan lelaki di hadapannya hilang pertimbangan dan menjadi mereng? Ini kali pertama mereka bertegur sapa. Bila manusia tertekan, mereka ini boleh jadi tidak betul barangkali. Kasihan, orangnya agak segak.

"Saya tak nak kahwin dengan orang tua," Dian Hasya mahu sahaja menampar mulut nya. Tua sangat kah Amir Hamzah?
"I baru 32 tahun untuk tahun ini. Mana ada tua."
"Tua lah dari saya."

Topik itu menghilangkan sedikit rasa takut Dian Hasya buat seketika. Kalau yang melamarnya adalah abang Shidi mahu juga dia setuju. Tetapi abang sepupunya itu sudah pun bertunang.

"Ajak I jumpa parents you nanti eh?"

Dian Hasya tidak melayan. Dia tidak mahu memberi harapan. Apatah lagi jiwanya tidak semudah itu untuk di beli. Sedikit pun tidak meninggalkan kesan.

"Diam tanda setuju."
"Awak jangan buat serabut boleh tak. Kita ni antara hidup dan mati ni. Serius sikit!"

Meledak ketawa Amir Hamzah. Too cute. Rasa nak dipicit hidung gadis dihadapannya.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan penyelamat. Aku tak nak lama-lama macam ni. Stress! Stress!"
"Aamiin." ketawa masih bersisa. Sampai hati kau Amir Hamzah.
"You tak nak doa ke, biar ada ustaz kat luar nanti tunggu kita. Boleh nikah terus. Sebab berdua-duaan macam ni."

Memang sakit hati lama-lama macam ni. Sudahlah kali pertama kenal, tetapi usikan melampau seolah-olah kenal sejak kecil. Kalau bukan kerana tergantung pada ketinggian ini, Dian Hasya sudah bagi sidekick. Sangat tidak kelakar untuk dirinya.

"Esok I kena outstation 4 hari. InshaaAllah kalau kita selamat, I nak ajak you lunch sama. You and I sahaja tau. Tak nak ajak Kak Maria."

Dian Hasya lebih senang untuk berdiam diri. Tak boleh di layan sangat. Boleh menyampah nanti. Di dalam hati dia berdoa semoga masa berlalu dengan cepat dan dia terselamat. Hmm, lelaki itu juga turut selamat.

******************

Okay, mengantuk. Slow kan part ni. Kena amik mood baca dr part 1 nampaknya ni untuk part yang seterusnya.

1:55 pagi.
3rd Ramadhan
1 July 14
Cheras

No comments:

Post a Comment