Assalamualaikum.
Halala, dah nombor dua. Sudah mula nampak corak penceritaan dan susunan.
Maaflah, ummi tak ada geng nak tolong edit bahasa dan tolong checkkan grammar I yang tunggang terbalik ni. Janji org faham English I okay la kan.
Banyak juga halangan dalam nak membikin penulisan. Cik abang ummi tak tahu yang ummi dah terjebak balik dengan hobi lama ni. Tapi ummi tahu, dia okay je sebab dulu pernah dia sokong kalau ummi nak mula balik menulis. Tapi masa tu masih bekerja dan anak ada seorang. Sekarang ni masa terhad. Bila ummi mengadap hp lama2 abi bising juga sebab pukul 1 pagi pun dengan hp.
Mana tidaknya, anak sekejap2 bangun. Jadi bila dia dah tidur, mata ummi dah keras balik. Sambung tulis sikit. Buat sikit-sikit. Sekali kena bebel.
Hehe...I know you syg I xnak I pula yg flat nanti nak jaga anak. I sayang you juga tau. <---suka buat karangan mcm ni dengan dia. Kalau depan2 siap kena cekik cekik je. Sweet je abi. Hehehe...
Okaylah. Sila lah menjamu mata lagi. Maaf atas kekurangan. Ummi cuba untuk improve dari masa ke masa selagi kerajinan itu ada.
(Update)
(Update)
2
Memiliki nama yang menunjukkan rumpun nya, bukanlah sesuatu yang menjadi kebanggaan Dian Hasya untuk dia menjaja. Sebolehnya mahu disorokkan melainkan untuk perkara formal. Selain itu, cukuplah dikenali dengan nama Dian Hasya. Dia sudah penat dengan manusia yang suka bermuka - muka. Nanti habis dikorek susur galur keturunannya. Sesuatu yang amat tidak disenangi.
Kedudukan hotel di tengah bandaraya Melaka ini tidaklah membosankan. Cahaya lampu dari luar membolehkan dia melihat aktiviti malam Bandar sejarah ini. Indah.
Mama dan papanya belum lagi pulang dari berkunjung ke rumah sahabat mereka di sini. Rasanya pasti mama dan papa melencong ke tempat lain. Bukan dia tidak kenal orang tuanya. Suka menjelajah dan mencuba bersama-sama. Sengaja Dian Hasya tidak mahu mengikut. Lebih senang dan tenang untuk dia berehat. Peristiwa menghadiri majlis perkahwinan Amir Hamzah ada kala mengundang rama-rama berterbangan di dalam perutnya. Malam ini malam mereka. Arghhh.... Dian Hasya mencampakkan pencil hotel ke dinding. Kenapa berfikir demikian. Dian Hasya bingkas bangun dari sisi katil. Bilik hotel yg besar ini terasa kecil. Masuk ke bilik mama dan papa, Sah, belum pulang. Berlegar - legar di dapur mini. Duduk di hadapan TV. Dan kembali ke biliknya. Ditariknya nafas sedalam mungkin. Amir Hamzah, aku sepatutnya melepaskan engkau sepenuhnya.
Deringan telefon mematikan lamunan. Mama la tu.
"Bila nak balik maaa?" soalnya sambil menepuk bantal di atas riba.
"Sya..."
Dian Hasya kembali melihat nombor di skrin telefon. Nombor asing. Siapa?
"Yes? Who's this?"
"Takkan you pura-pura tak kenal I?"
Tak ada yang memanggilnya dengan panggilan sebegitu melainkan lelaki itu seorang. Dia suami orang Dian Hasya. Tolong beringat.
"Oh, macam kenal. Amir ke?"
"Sihat?"
"I'm okay."
"Sya..."
"Jangan panggil I macam tu lagi boleh?" malang, kata2 itu tersekat di kerongkong sahaja.
"I surprise jumpa you tadi. You sengaja datang ke? Mama I marahkan I."
Ah sudah. Apa pula motif suami orang call anak dara orang malam-malam. Dian Hasya tetap membatu.
"Dia terkejut dan marahkan I sebab I careless fasal siapa family you and your name."
"Oh, come on Amir. Is that because of Tengku? Actually it was coincidence. I have no idea that majlis was your wedding." ujar Dian Hasya sebal namun cuba disembunyikan.
"Mama I, papa and mama you satu universiti di UK. That was what she's talking on the phone maghrib tadi. Dia menyesal sebab tak tahu you anak kawan baik dia. Your mom and dad banyak tolong dia semasa belajar dahulu. She's upset. Dia menyesal tak kenal you."
"it's okay Amir. Kirim salam to your mom and tell her nothing to worry. Mama dan papa I tak tahu apa-apa. I pun dah mengantuk ni. Tak nak ganggu malam pengantin you. Sweet dream Amir."
"Sya, hold on. My wife on-call. I nak bersembang lagi dengan you." dalam diam Dian Hasya serkap jarang, isterinya bekerja di Melaka, tak dapat cuti kahwin atau cuti dah habis, atau staff tak cukup? Mesti bengang kena on-call. Atau ada yang tak suka dia dan kena panggil masuk kerja selepas majlis. Nakal Hasya membuat andaian.
"Maaflah Amir. Kalau you nak cakap perkara yang lepas, I nak you tahu, I dah lama maafkan dan lupakan apa yang dah jadi."
"I miss you Sya. I banyak kali cuba untuk call you tapi I tak ada kekuatan."
"For the god sake, Amir, selepas kahwin baru you kuat nak call I? Oh come on." Hasya ketawa. Ikhlas dan tidak di buat-buat.
"Sya." suaranya seolah merayu untuk disimpati.
"Macam ni lah Amir Hamzah. I ni, bukan Dian Hasya yang dulu tau. Apa yang berlaku, jadi pengajaran untuk I. I pun tak ada rasa apa-apa. Kita teruskan sahaja kehidupan kita sekarang. I pun tak nak bercakap lama-lama macam ni. Kita ada batas pergaulan, baik dihadapan atau ditalian. Kita bukan muhrim. Kena ingat tu. Lagipun you ada isteri yang you kena jaga hati dia."
"Jadi ke you buka butik lps graduate?" percubaan menukar topik.
"Amir, kalau you cuba nak siasat apa pekerjaan I, lupakan sahaja. Dan lupakan sahaja niat you utk cari di mana I bekerja dan buat apa!" tegas.
"you've changed Sya. You buat I rasa lebih suka you even more."
"Amir Hamzah. You baru jumpa I tadi selepas setahun lebih. You tak kenal I dah."
"You jauh lebih cantik dari dulu. Dulu cantik, sekarang lebih cantik."
"Assalamualaikum Amir Hamzah. Stop calling me Sya, dan jangan berani nak cari I." okay, over pula aku perasan dia akan cari aku. Tapi tak salah berkata begitu.
Sempat dia mendengar tawa Amir Hamzah dan percubaannya untuk meneruskan perbualan namun jari halusnya pantas menekan paparan off. Jangan cetuskan kegilaan Amir Hamzah.
******
Pada mulanya Dian Hasya hanya berada di dalam dunianya dan kurang bergaul, sehinggalah kejadian tersangkut di dalam lif berlaku. Terapung di udara dengan berada pada ketinggian bangunan 9 tingkat selama hampir 2 jam pengalaman yang terlalu menakutkan. Dia bersumpah untuk tidak akan bekerja di bangunan-bangunan tinggi. Serik.
Kerana itu, selepas segalanya selesai baik urusan pengajian dan urusan hubungannya dengan Amir Hamzah tamat, dia berbuat keputusan untuk melakukan perniagaan sendiri. Namun ia tidak dapat dilakukan bersama, kerana kisah mereka tamat sebelum Dian Hasya menamatkan pengajiannya.
#######
Kelaparan ummi di buatnya. Adalah juga buat editing sendiri tapi tak sama sendiri buat dengan orang lain yg editkan. Inilah namanya edit syok sendiri. Hehehe...
Nanti akan ada plot2 dramatic dalam lif. Akan muncul watak2 baru, dan si Amir ni pun akan muncul lagi dan lagi. Cuma tak pasti nak hidupkan secara aktif atau tidak watak isteri si Amir ni. Nanti lah fikir.
No comments:
Post a Comment