Sunday, 10 June 2012

Go aWay BuruK sAngKa

Bagusnya jd hw bila kita jd kurang bercakap pkr yg lagha, sb keliling cuma ada anak kecil. Bila ada smthg negatif dlm kepala cam buruk sangka, hati rasa xsedap sgt,wpn kita diam tp Allah tau apa dlm hati. U bayangkan kalau Allah kata betapa busuknya hati ni. Sedih. Siapa nak jd busuk hati? Suka kena kata busuk hati, jahat? Mmg sgt xsuka bila aura negatif tu ada dlm diri. Jd selalunya ummi luah pd abi. Biarlah kena marah n kn basuh dan ummi 'naik angin' at first tp dlm tempoh tu juga blh muhasabah diri. Kena kritik mau xhangin kau... Tp kn terima lah sebab nk buang prasangka jahat syaiton yg direjam!!! Then bila dah neutral baru rasa lega. Camtulah cara ummi utk hilangkan prasangka buruk yg sesekali dtg dlm hati yg penuh dosa ni selain minta bantuan dr Allah. Bayangkan,org sekeliling xtau dlm ht kita tp Allah tu tahu dan Dia nilai kita. Kalau selamanya kita biarkan aura negatif dlm kepala maunya meletup kepala ni. Sapa yg pernah rasa bengang tahap nak darah tinggi tu faham la camne perasaan ni tanggung betapa xsuka nya hidup berprasangka. Thats why my husband is my bestfriendforever i ever have. ::lap air mata sket~~~:: Bukan senang nak membersihkan hati. Kita cuma manusia biasa yang hidup di akhir zaman. Kita bukan hidup dalam pimpinan Rasulullah saw, jadi kita kena benar2 dan.berusaha memohon pada Allah semoga kia mendapat Imam.yang benar2 dapat membawa kita pada kecintaanNya. Wallahualam.

Saturday, 2 June 2012

Frust-Frust-Frust

Assalamualaikum...

Selamat pengantin baru pada dinda Puan Nik Nur Aina Mardhiah, selamat sudah menjadi isteri kepada encik zariff(betul tak eja). 

Ummi plan dah lama nak bawa Damia dan Yusuf untuk attend big gathering a.k.a wedding aunty Nina dari awal tahun, las las....terpaksa cancel.

Bestnya aunty Shida, leh tengok aunty Nina live. Dulu kahwin Ummi, dia juga yang dapat datang je. Kali ni yg frust sebab ada Baby, Pakcik and her girlfriend, Aini. Dengar dengar Kak Atty pun ada sama. Sedih. Sedih.
Kalau Mia tengah terjaga ni, mesti Mia peluk Ummi dan tepuk2 belakang Ummi tanda pujuk bila Ummi cakap sedih. ;-).

Ini semua kawan-kawan baik Ummi masa belajar di Shah Alam.



Miss Rita
Yang paling best, masa dalam dewan, Miss sms Ummi dan Nina, we all saling lambai melambai dalam dewan tapi tangan hide lah sikit sebab kang kantoi dengan Naib Canselor, Ibrahim Abu Shah.
Lepas tu plan dengan Miss untuk kumpulkan semua awok-awok yg ada untuk sesi bergambar.

*
*

3 tahun lepas
Yang kurang seronok bila Shida, tak dapat join sebab family matters.

*
*


*
*


Lakonan semata-mata, masa ni masih belajar dan belum berkahwin
*
*



Time ni kalau tak silap pi amik jubah konvo. Masa ni Ummi dah berkahwin.
Di midvalley~~
*
*



Biasalah, H1N1 punya fasal
*
*



Nanti cerita fasal BoonCheatGrup
Yang tiada di sini Shida, Nawfal and Baby

*
*


Love Abi
(gambar terbalik sikit)

*
*



Shida.... Model as usual~

Ok, chayang. Frust da hilang sikit bila terkenang gambar lama ni. Dah 3 tahun berlalu, sila tambah umur dahulu dengan 3tahun. 

~TUA SUDAH~
-Jadi banyak perkara yang perlu kita buat untuk masa hadapan yang abadi-



THIRD ANNIVERSARY

Assalamualaikum n salam sejahtera

Tengok tajuk entry mesti tak payah nak explain panjang nak story fasal apa kan? Entry ni dah lama dah tulis tapi baru dapat peluang untuk publish. Sibuk sangat-sangat-sangat!

Alhamdulillah, berlalu 3 tahun fasa perkahwinan Ummi dan Abi. Macam baru je semalam Abi baca akad nikah. ;)  Enam bulan menanti, kemudian 10 bulan kemudian muncul Iman Damia diikuti Yusuf  yang accidently(opppssi). Rahmat Allah semua yang berlaku ini.

Syukur. Syukur. Syukur. Syukur Ya Allah, tak dapat nak ungkap dengan kata-kata. Untuk dapatkan keindahan ini bukan mudah. Melalui kesusahan dan keperitan sejak 2005 rupa-rupanya ini susunan dan perancangan Dia. Tak boleh lupa tahun-tahun yang perit. Kawan2 Diploma tahu lah kot mana yang geng kacip tu. 

Lupakan yang sedih sebab Allah hadiahkan yang paling indah selepas tempoh kesabaran yg tersoobut. 1.6.2009, jam 10.40 pagi waktu tempatan(lebih kurang), Ummi dan Abi selamat diijab kabulkan di surau berhampiran rumah. Surau tu tak pernah lagi dijadikan tempat akad nikah, kira nya 'wat goghi' la kot. (Entah betul tidak penggunaan bahasa ganu Ummi).


*
*
*
*


*
*
*
*


*
*
*
*


ops, tetiba gambar transformasi kepada mak buyung~
Ramai yang tak tahu keadaan ummi semasa mengandungkan Damia. Ummi mengalami sembab yg agak teruk sejak 5months pregnancy. Habis bengkak dari muka sampai ke kaki. Hehe. Tak tau apa fasal.

 

Semasa mengandungkan Yusuf. Alhamdulillah, tak ada masalah sembab dan lain-lain masalah seperti Damia dahulu. Termasuk morning sickness, Ummi tak alami. Alhamdulillah, bila tengah sarat sangat tunggu masa, Damia sudah boleh berjalan sendiri walaupun masa tu baru 11 bulan. Dua-dua ank Ummi baik dengan Ummi kan? ;-)
My mom said, adik faham Ummi kena jaga kakak so adik behave well la.


Gambar tahun lepas sewaktu hari raya pertama. Beberapa minggu sebelum bersalin.


Anak pertamaku-baby girl


Anak Keduaku-baby boy

Kepada suamiku, En.Ahmad, terima kasih kerana selalu menjadi yang terbaik untuk Ila(panggilan manja dahulu) , Damia dan Yusuf. Berkongsi susah senang, be good friend of mine, selalu menjadi pendengar yang baik (wpn adakala kena paksa utk dengar), hehe... thank you for 3years back and for thousand years after~~ InshaAllah akan berusaha menjadi isteri yang taat pd Allah, Rasulullah dan abang, and of course parents.


Sunday, 27 May 2012

Extra Smile for Everyone

Assalamualaikum...

Hi there! its been a while i am keep on silent to write any entry in my blog. Be a full~time housewife is not an ordinary task given to an ordinary woman, its need an extra ordinary energy to become an extra ordinary woman. Do you get what i mean? In a simply word, it is challenging...trust me!


I always keep on wondering how my mother and my mother in law(of course!) handling their children since they're small. I always ask to Allah to give me extra 'sabar' to keep my house clean. Yup! Clean. 

Both my babies... Damia dan Yusuf, loves to keep the things everywhere. Maksud Ummi dalam makna yang lain, sepahkan barang. Kalau dahulu Ummi bekerja dan manage Damia seorang pun quite letih juga, tapi bila muncul anak yang soleh ni seorang maka bertambah lah geng Damia untuk berganding bahu dalam usaha memindahkan barang dan menyusun kembali barang2. I am wondering how its gonna be happened when Yusuf's learn his first step. Ayya yaaiii...


Gambar ini sewaktu Ummi nak discharge dari Hospital Pakar Annur, Bangi. Yusuf tak boleh discharge lagi masa ni. Masa ni Ummi tak tahu Allah ada plan terbaik untuk Ummi selepas melahirkan anak kedua, dapat menjaga anak2 dengan sepenuhnya. Thank you Allah.



Daily routine sekarang ni bila dah fully di rumah agak terkawal. Kalau awal2 duduk di rumah macam kelam kabut juga lah. Sekarang, bangun pagi selepas Subuh, Ummi dah tahu apa nak buat. Pagi tadi bangun dengan rajinnya masakkan bihun goreng. Abi tanya satu soalan pada Ummi, "Ummi, Abi ada satu soalan untuk Ummi. Ummi letak aji tak dalam bihun?"
Amboi soalan my dear husband~ "Tak, kenapa? Sedap." Hahahaha, Ummi selalu suka perasan dan suka tanya sedap atau tidak. Setakat ini kalau sedap, bersungguh2 Abi akan cakap sedap tapi kalau ada yang tak kena, dia akan tanya apa yang terlebih dan terkurang...of course lah tukang masak tahu apa silap dia and admit lah salah apa. Kadang2 bnda paling simple pn boleh buat silap cth: buat sup ayam, tlbh ltak cinnamon pun mmg ketara akn jadi kurang sedap. Tak apa, Ummi belajar.

Kalau ikutkan, bila weekends Ummi punya kemalasan sangat dan teramat terserlah. Namun(wah, ayat skema tak boleh blah), bila kita dah terbiasa memasak hari-hari kita rasa makan di luar sangatlah tidak best. Ummi tak suka lunch di luar. Seriously sangat tak suka. Macam tengahari tadi Ummi punya malas Nauzubillah, tapi last2 siap juga ikan cencaru sumbat dan air asam. Abi ajak mkn luar pun rasa berat hati. Ummi kenal diri Ummi, Ummi punya malas ni masa sebelum start masak sahaja. Once bila Ummi dah start potong bawang and so on, malas tu dah terbang tapi excited tentang perjalanan nk menyedapkan lauk. Selagi tak sampai gred yang diluluskan, selagi itulah keje Ummi meng alter rasa dengan macam2. Kadang2 suka juga untuk bereksperimen rasa dengan mencuba resepi dan Ummi akan olah ikut sesuka hati nurani ku.

Rasa puas tu muncul apabila tengok Damia menambah nasi. Terasa macam berbaloi2 dan penat berdiri memasak tu hilang ditiup angin(hoh, madah). Yusuf plak sekarang dah pandai makan, hari2 dengan biskut marries dan nestum. Kali ni Ummi banyak bg adik makan nestum daripada mkn nasi. Tapi ada masa cuba juga untuk buatkan dia mkn bubur, dan Yusuf makan banyak betul. Itu lagi satu yang sokmo buat Ummi perasan Ummi masak bubur Yusuf sedap (padahal tawar n rasa manis sayur sahaja).

Esok pagi, inshaAllah kalau Abi istiqomah dengan puasa maka Ummi akan goreng nugget sahaja dan masak lunch dengan cepat sekali (hahaha, bila malas nk makan berat pagi kadang2 Ummi goreng jemput udang baghing a.k.a udang yg halus tu). Untuk menu berbuka puasa Abi, Ummi ingat nak buat sambal bilis terung pipit dan kari ikan. Plan itu harus supaya kerja Ummi esok lancar.

Okay, cukup sampai di sini. Dah 3pagi. Tadi dah tertidur tapi terjaga seketika maka ku ambil peluang untuk mencoreng di blog yang sepi ni. Harap dapat aktif kembali. Nak story mori fasal macam2. Lalalala...

penutup, gambar yusuf sewaktu dalam pantang~
Nanti lah Ummi letak gambar personal Yusuf. Gambar ni di ambil sebelum balik terengganu. Ateq datang naik bas. Damia yang dah lama tak jumpa ateq ingatkan akan nangis2 macam dulu2 tapi rupa2nya bangun tidur terus duduk atas riba dengan muka excited. Sweet je.

::Wassalam::

Monday, 23 April 2012

Oppossi...terveli suddaaa

Assalamualaikum... Belum ketiduran lagi. Terjaga dikejutkan abi makan Tosei yg beli tadi. Wah, ni first time ummi guna gajet terbaru en.husband. Gajet terbaru tidak lain tidak bukan ipad3. entah berapa kali kena betulkan ejaan. Naik fed up dibuatnya. Antara saingan terdekat apple dalam tablet ni ofkos la Samsung galaxy tab. Xkisahlah berapa, 10.1, 7.0 or yg latest 7.7. Gediks jugaklah Samsung sbb ummi pn pakai hp Samsung tapi empunya diri dah termelekat dengan yang ini. Bukan apa, kalau Samsung mesra alam+blh bertukar pd hp. Harga pun xrabak macam iPad. So far ni 1st time sentuh teknologi apple. Gambar xla sharp sangat kecuali amik jarak dekat. Dia punya graphic memang xblh kutuk la. Cantik. Damia? Tangan dia memang cepat je nak bergerak. Application xtgk habis lagi. Hopefully dapat tumpang guna untuk ke Arab kebaikan. Abi beli pun sbb kerja dia juga. Nandi bila ummi konon dah boleh serius focus utk tlg bisnes dia nanti blh la aktif guna ye? Huhuhu... Gurau je. Ummi cukup hp yang ada ni. Oklah. Kena tidur. Esok nak bangun awal. nanti Ada masa ummi story lagi apa yg adv n disadvantage iPad 3 ni. Ni ayat semua dah tuggang langgang. Masai nak sleep. K. See u! Wassalam~~

Tuesday, 27 March 2012

Tips susu banyak

Sebelum tu nak beritahu,bacaan ini disyorkan untuk yang sudah berkeluarga.)

Milk booster... Kbyakkan ibu mahu bf anak sepenuhnya sehingga cukup 2 tahun.
Ummi juga pernah melalui pengalaman indah tersebut dan masih meneruskannya.
Pelbagai usaha yang sanggup dicuba dan dibeli semata2 mahu memastikan pengeluaran susu mencukupi.
Ummi sendiri melalui pengalaman berhabis membeli produk untuk milk booster.
Macam biasa lah...kalau dah bentuknya ubat ummi takkan bertahan lama.
Produknya bagus tapi mgkin xberkesan untuk ummi.

Dipendekkan cerita,ummi berkongsi pengalaman dengan rakan2 sekolah dulu.
Mereka ini menyusukan anak dengan sepenuhnya.
Pengalaman yang paling menarik tertarik apabila ada sahabat berkongsi tips bersama suami juga
boleh meningkatkan pengeluaran susu(berita gembira utk suami barangkali).
Mengikut pengalaman,ummi memang paling malas minum air.
Air manis atau air masak memang malas.

Dipendekkan cerita,sekarang ummi amalkan minum air 5liter sehari. Ada kawan ummi amalkan.
Ternyata memang terbaik. Pengeluaran macam dalam pantang. Seronoklah, cuma bila
yusuf malas minum tu yang jadi masalah sikit. Anak no.2 ni kelakar sikit.
Dia suka kumpul susu dalam mulut,lepas tu dia sembur sambil senyum tengok ummi.
Ofkoslah akan ada bunyi kan?haa,bunyi tu yang dia happy tu.
Ummi ketawa tapi dlm ms yg sama geram. Tak fasal2 kena basuh mulut, baju, dan leher yusuf.

Selain dari 5liter air,ummi juga makan kurma. Best

Tu lah dia antara tips yang ummi boleh bantu lah. maybe ada lagi. kalau ada lagi pengalaman dan tips untuk milk booster pliz do not hesitate to drop your comment here. kalau ada yang baca lah
:-P


Tp yusuf very sweet la. 6bulan dah pandai mengusik ummi.

Sunday, 18 March 2012

i am a happy mom

Assalamualaikum...

Okay, minggu ni dah sebulan seminggu ummi dan anak2 berkampung di Terengganu.
Ummi rindu sangat nak blk rumah sendiri. Tapi atas faktor kesibukan abi dan juga eadaan rumah yang masih tidak sesuai untuk ummi dan anak2 jadi stay sahajalah.
Kadang tu terfikir juga,perancangan Allah melebihi perancangan manusia. Alhamdulillah juga ummi terima saranan Abi untuk letak jawatan selepas fikirkan baik buruk.
Antara waktu dengan anak2 dengan kerjaya,hati lebih fikirkan kebajikan anak2.

Kalau fikirkan keseronokkan bekerja dulu memang tak dinafikan rasa sayang pd kwn kwn kerja. Mrk sgt baik pd ummi. Kawan-kawan support me a lot.

Ummi mulakan tahun baru miladiah dengan macam macam perasaan.

******

Yes I am a happy mom.

******

Semua ni takkan berlaku tanpa izin suami tercinta.
Terima kasih kerana beri peluang dan pengalaman yang pernah ummi rasa dulu pada anak2 kita.
Kena manfaat sebab tak tahu sampai bila Allah bagi nikmat ni.

Alhamdulillah.